• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentingkan Parti Berbanding Calon – Tajol Rosli

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Para penyokong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO harus meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan berbanding calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kata bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Tajol, Menteri Besar Perak ke-9 dari tahun 1999 hingga 2008 itu berkata permasalahan dalaman parti harus diketepikan untuk memastikan calon BN terus mencatatkan kemenangan dan mendapat mandat pada PRU14.

“Saya datang ke Tambun bukan kerana (calon BN bagi kerusi Tambun) Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah tetapi kerana beliau bertanding atas tiket BN. Ini kerana Umno dan BN adalah lebih hebat dan penting daripada individu.

“Itu sebab kalau (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding atas tiket BN bagi kerusi Langkawi, saya akan ke Langkawi untuk menunjukkan sokongan saya kepada beliau tetapi Tun (Dr Mahathir) bertanding atas tiket PKR.

“Bukan kita tidak sayang Tun (Dr Mahathir) tetapi kita lagi sayang UMNO… Saya akui sumbangan dan jasa Tun (Dr Mahathir) kepada negara dan saya secara peribadi, tetapi kerana beliau tidak bertanding atas tiket BN, kita tidak dapat menyokong beliau,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum itu, Tajol Rosli bersama Ahmad Husni menghadiri ‘Jom Minum Pagi Bersama Penduduk Manjoi’ di Kampung Tengku Hussin Baru di sini.

Sementara itu, Tajol Rosli menyaran pengundi terus memberikan sokongan kepada calon BN bagi kerusi Parlimen Tambun dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Hulu Kinta dan Manjoi.

Ahmad Husni akan mempertahankan kerusi Parlimen Tambun yang disandangnya sejak 1995.

Beliau dicabar Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Ketua Dewan Ulama Perak, Muhamad Zulkifli Mohd Zakaria. – BERNAMA

Tags: CalonDatuk Seri Diraja Tan Sri Tajol Rosli Ghazali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Mahkota: ‘Harap Calon BN Terus Bela Nasib Rakyat’

PRK Mahkota: ‘Harap Calon BN Terus Bela Nasib Rakyat’

08/09/2024
0

KLUANG: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mengharapkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) terpilih sebagai wakil rakyat pada...

Ahli UMNO Diingatkan Tak Gaduh Pilih Calon Pilihan Raya

Ahli UMNO Diingatkan Tak Gaduh Pilih Calon Pilihan Raya

06/07/2024
0

Ahli akar umbi UMNO diingatkan agar tidak bertelagah memilih calon untuk bertanding pada setiap pilihan raya terutamanya pilihan raya umum,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd