• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah Lantang Kritik Tun Mahathir Tak Dipecat

oleh AK-47
16/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGANALISIS politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof yang terkenal dengan kelantangan mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak dipecat Universiti Utara Malaysia (UUM), sebaliknya hanya meletak jawatan sebagai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) universiti itu.

Naib Canselor UUM, Datuk Seri Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, walaupun lantang mengkritik Perdana Menteri, pihaknya tidak memecat penganalisis politik itu kerana kritikannya bukan mewakili universiti berkenaan.

“Kritikan Kamarul Zaman adalah pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan UUM. Beliau sudah menghubungi saya semalam berhubung peletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa hari ini dan pihak universiti tidak menghalangnya,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri ceramah Profesor Kursi CIMB-UUM, Prof. Dr. Jonathan A Batten bertema ‘Apa yang dilalui sebelum ini, tidak sama dengan masa depan’ di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Kamarul Zaman mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengarah Mapan UUM dan ketika menjawab pertanyaan di Facebook berhubung keputusannya, beliau berkata: “Saya dianggap anti-Mahathir dan ini boleh menyusahkan UUM.”

Kamarul Zaman dalam kenyataan berkata, dia banyak menerima pertanyaan mengenai keadaannya berikutan dakwaan beliau termasuk dalam senarai dikatakan akan dikenakan tindakan kerana mengkritik Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan (PH).

Pada forum Sinar Harian 22 Mac lalu, Kamarul Zaman berhujah Dr. Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Kemunculan mengejut Dr. Mahathir pada forum itu dan duduk di kerusi barisan depan menyebabkan beliau kelihatan kekok dan ketika sesi bergambar, Dr. Mahathir dilihat memberi ‘renungan tajam’ kepada Kamarul Zaman yang tertunduk.

Mahathir Dijemput, Bukan Tiba Mengejut

Sementara itu, mengenai Kabinet baharu kerajaan PH membabitkan tiga kementerian sudah diumumkan iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Mohamed Mustafa berkata, pemimpin terbabit mewakili parti masing-masing.

“Kita sepatutnya memberi peluang mereka mentadbir dulu dan terlalu awal untuk mengkritik serta mengulas prestasi menteri kanan terbabit,” katanya. – myMetro Online

Tags: Penganalisis politikUUM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti politik Melayu berpecah belah memberi kelebihan kepada pihak lain untuk menang di kawasan majoriti Melayu. Penganalisis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd