Sample Page Title

HAMPIR tiga minggu mendapat mandat dari rakyat, kerajaan Pakatan Harapan masih meneruskan taktik sekian lama mereka untuk mendapatkan simpati rakyat melalui cerita-cerita sedih di media sosial.

Baru-baru ini, para netizen sekali lagi dijaja kisah ‘meruntun jiwa’ mengenai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikatakan menangis dalam satu mesyuarat bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kononnya, beliau berasa sedih dengan bebanan hutang RM1.2 trilion yang ditinggalkan oleh kerajaan lama di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Karangan sedih yang ditulis seorang pengguna Facebook Halim Bin Jantan itu nyata berjaya memperdaya netizen di media sosial apabila setakat 28 Mei, artikel berkenaan telah dikongsikan sebanyak 27 ribu kali selain mendapat 56,000 likes.

Tulisan itu juga membangkitkan beberapa persoalan. Siapakah Halim Bin Jantan ini? Adakah dia seorang pembantu peribadi kepada Mahathir? Jika bukan, dari mana dia dapat cerita ini?

Lebih menarik, perincian butiran mesyuarat menteri itu juga sangat lucu apabila terdapat adegan dalam karangan berkenaan di mana suasana menjadi hening dan sunyi selama tujuh minit.

Melihat ruangan komen, ternyata ramai orang terkesan dengan kisah yang mengatakan Mahathir sebak dan mengalirkan air mata apabila memikirkan kantung negara yang semakin tidak berisi, sedangkan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan bantuan BR1M sudah dijanjikan.

Entah dari mana sumber kisah berkenaan, namun tanpa sumber yang sahih itu jugalah orang ramai percaya dengan kisah kononnya kerajaan sudah tidak mempunyai dana lagi disebabkan perbuatan kerajaan lama.

Jika diaamati, kisah tersebut langsung tidak munasabah malah plot cerita itu seakan-akan mesyuarat jawatankuasa kampung yang membolehkan Halim Bin Jantan ‘pasang telinga’ mendengar perbualan Jemaah menteri.

Memang hebat Halim Bin Jantan ni. Siapakah beliau? Saudagar ketum kah?


Sudah-sudahlah percaya cerita karut sebegini. Ini tidak lain tidak bukan merupakan tulisan fiksyen ‘syok sendiri’ dari imaginasi liar individu yang mahu dikenali ramai di platform media sosial.

Tidak dinafikan, tentera-tentera siber Pakatan Harapan ini mempunyai imaginasi yang kuat dan kreatif sehingga dapat memperdayakan rakyat dengan taktik sama berulang kali bagi mendapatkan simpati.

Ini bukanlah perkara baharu, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, pasukan media PH juga menggunakan cara sama untuk memancing undi dengan video tular ‘Atuk Sudah Tua’ mereka menampilkan Mahathir juga dengan skrip yang hampir serupa.

Malah, tidak kurang juga catatan-catatan di media sosial sebelum PRU14 yang menuduh kerajaan lama telah menjual kedaulatan negara dan juga karangan kononnya negara di ambang muflis.

Jika difikirkan semula, mungkin inilah cara PH untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada manifesto 10 janji dalam masa 100 hari mereka, iaitu dengan menyebarkan cerita-cerita emosi untuk mengalihkan sentimen yang telah dibina sejak berkempen sebelum PRU14.

Mungkin mereka sedar bahawa janji-janji mereka sukar untuk ditunaikan dan terpaksa bertindak menggunakan taktik sebegini supaya rakyat bersimpati dan tidak mendesak serta mengkritik kerajaan kalau janji 100 hari tidak terlaksana.

Hampir tiga minggu selepas rakyat memberikan mandat kepada PH untuk membentuk kerajaan, hanya penurunan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari kadar 6 peratus ke 0 peratus tanpa menghapuskan cukai berkenaan sahaja dilihat setakat ini.

Nampaknya, kerajaan PH memang bersedia untuk mungkir janji dan telah bersiap sedia dengan kempen media sosial menghalakan kesalahan kepada kerajaan dahulu dan mengolah persetujuan rakyat supaya menerima sebarang tindakan kerajaan nanti. – MYNEWSHUB.CC

Sumber tambahan: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...