Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Manchester United Nak Jual...

ISU Luke Shaw di Manchester United tidak lama lagi akan berakhir apabila pengurus...

Wang Kertas Lama Disimpan...

BUTTERWORTH - Mengumpul wang kertas atau syiling lama bukan sahaja satu hobi yang...

Matrade Mahu Lebih Agresif...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersedia untuk lebih agresif...

Mahkamah Tolak Permintaan Najib...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa...

Peniaga Perlu Patuh Penetapan GST Kadar Sifar

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggesa semua peniaga berdaftar dengan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mematuhi kadar penetapan kadar sifar cukai tersebut yang akan berkuatkuasa 1 Jun ini.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, peniaga dikehendaki menurunkan kadar asal GST enam peratus menjadi sifar kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah.

“Peniaga-peniaga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan untuk menurunkan harga dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna,” ujarnya dalam satu kenyataan yang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Subromaniam memberitahu bahawa kerajaan juga tidak akan melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan bermula 1 Jun ini sebaliknya tarikh pelaksanaan semula cukai itu akan diumumkan kemudian.

Jelasnya, perkara tersebut perlu dipatuhi peniaga dan mereka hendaklah melaksanakan penurunan harga barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini diletakkan pada kadar enam peratus kepada sifar bermula awal bulan depan.

Subromaniam berkata, pihak kastam akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang yang gagal mematuhi arahan tersebut.

“Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.


Pada 16 Mei lalu, kerajaan baharu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan mengumumkan bahawa kadar GST akan disifarkan bermula pada tarikh berkenaan sebagai mengotakan salah satu janji yang termaktub dalam manifesto pilihan raya mereka.

Kementerian Kewangan memaklumkan, langkah pengenaan GST pada kadar sifar itu akan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

Katanya, penetapan berkenaan tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan daripada GST.

Peniaga boleh merujuk kepada soalan lazim berkaitan tempoh peralihan enam peratus kepada kadar sifar yang telah dimuatnaik di laman web www.customs.gov.my dan portal gst.customs.gov.my. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori