• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Cina Jerlun Diyakini Terus Menyokong BN

oleh Ahmad Albab
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER HITAM – Penyandang dan calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz percaya pengundi Cina di kawasan itu akan memilih parti yang boleh memberi pulangan kepada mereka, baik dari sudut ekonomi mahupun kemasyarakatan.

Beliau berkata ini kerana sama seperti kaum lain, pengundi Cina di Jerlun seramai 3,730 daripada 54,132 pengundi berdaftar itu, juga menginginkan pembelaan dan pembangunan sewajarnya.

“Kita bantu mereka sepertimana kaum lain, misalnya melalui aspek pendidikan, rumah berhala begitu juga urusan kemasyarakatan dan kita yakin mereka akan beri sokongan kepada calon BN.

“Sebab kita perlu sokongan segenap lapisan masyarakat dan saya yakin mereka (pengundi Cina) tidak akan terpedaya dengan dakyah atau hasutan dibawa pembangkang, kita perlu bersama bangunkan Jerlun,” katanya kepada Bernama.

Malah beliau sendiri mempunyai hubungan baik dan akrab dengan pengundi Cina di situ yang disifatkannya sebagai pengundi matang.

“Sebab itu kita harapkan supaya mereka (pengundi Cina) membuat keputusan matang untuk beri undi kepada BN kerana mereka sedar, hanya BN mampu membela mereka di kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu Ketua MCA Bahagian Jerlun Ooi Ah Lai berkata ketiga-tiga calon BN di kawasan itu termasuk calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh Ahmad Azhar Abdullah dan calon DUN Ayer Hitam Datuk Abu Hasan Sarif diyakini mampu memperkasakan Jerlun lagi dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Lebih penting, kesemua mereka adalah calon tempatan dan sudah tentu senang untuk berjumpa mengadu apa-apa masalah, bukannya yang bila menang terus tak nampak muka atau hanya duduk dalam pejabat,” katanya.

Beliau memberi contoh seperti Othman, yang tetap mempunyai masa untuk bersama rakyat walaupun memegang jawatan besar seperti timbalan menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. – BERNAMA

Tags: BNpengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd