Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

19 Individu Terlibat Judi...

KUANTAN - Polis menahan 19 individu termasuk seorang remaja kerana disyaki terlibat dalam...

Ratusan Demo Bantah DAP...

GEORGE TOWN - Kira-kira 200 penduduk berkumpul di Taman Manggis di sini selepas...

Kastam Rampas Dadah RM500,000,...

KOTA KINABALU - Kastam Sabah merampas kira-kira satu kilogram dadah jenis methamphetamine yang...

Latah Juak Anwar Bila...

Sayang sekali, di saat ukhwah antara Malaysia dengan presiden baharu Indonesia Joko Widodo...

Penceramah Terkenal Nahas, Kereta Dinaiki Terbakar

PENDAKWAH terkenal, Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas melanggar sebatang pokok lalu terbakar dalam kejadian di Bukit Mahkota, Bangi, hari ini.

Beliau yang juga pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang dalam perjalanan pulang selepas hadir menjadi panel dalam program bual bicara pagi di stesen televisyen swasta pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM), Siti Ramizah Mohd Khalid, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.35 pagi dan telah menghantar lima anggota APM ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi 10 minit kemudian, kami dapati sebuah kenderaan Mercedes Benz sedang terbakar.

“Mangsa pula didapati sempat keluar daripada kenderaan dan terus diberikan rawatan awal oleh anggota APM yang mengesan beberapa luka ringan dan kesakitan pada belakang badan mangsa,” katanya pada Berita Harian.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.


Manakala sebuah jentera pihak bomba diketuai Komander Operasi, Rosli Abdullah Sani tiba ke lokasi kejadian sekitar jam 8.48 pagi.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 9.17 pagi namun kereta mangsa musnah 100 peratus terbakar.

Berhubung kejadian tersebut, seorang pendakwah terkenal juga rakan kepada mangsa, Datuk Ustaz Kazim Elias mendapat maklmat kejadian tersebut dan turut menyeru orang ramai mendoakan supaya mangsa selamat menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Rata-rata netizen di media sosial juga turut menyatakan simpati dan berharap penceramah terkenal itu tidak mengalami kecederaan teruk. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori