• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuh Dr. Fadi Mungkin Guna ‘Uzi’

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Dua lelaki kelihatan seperti orang “Timur Tengah”, yang disyaki membunuh pensyarah warga Palestin, Dr. Mohamed Fadi al-Batsh di Setapak bulan lepas, mungkin menggunakan pistol atau submesingan (SMG) dalam melaksanakan misi kejam mereka itu.

Satu sumber keselamatan memberitahu Bernama bahawa pasukan penyiasat juga tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan sepucuk ‘Uzi’, iaitu submesingan jenis kompak dan mudah disembunyikan, yang sering digunakan anggota pasukan khas.

“Ia boleh jadi pistol atau submesingan. Ya, mungkin juga mereka menggunakan sepucuk ‘Uzi’ (untuk membunuh al-Batsh),” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini, maklumat itu belum muktamad kerana siasatan masih dijalankan dan perlu menunggu laporan balistik bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang jenis senjata yang digunakan suspek.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun baru-baru ini berkata pihaknya sedang menunggu laporan balistik tentang jenis senjata yang digunakan pembunuh.

Kemungkinan lelaki berkenaan menggunakan Uzi SMG bagi membunuh al-Batsh akan menguatkan lagi dakwaan pihak tertentu, termasuk anggota keluarga mangsa, bahawa agensi perisik Israel, Mossad, bertanggungjawab tentang pembunuhan itu.

Uzi SMG dikeluarkan Israel Weapon Industries (IWI) dan digunakan dengan meluas oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam kebanyakan konflik di wilayah itu. Berikutan peningkatan permintaan terhadap Uzi oleh negara dari seluruh dunia, senjata jenis itu turut dikeluarkan syarikat lain di luar Israel.

Seberat lebih kurang 3kg serta mudah digunakan, Uzi asal menggunakan peluru 9mm kaliber, sama seperti keberkesanan pistol, tetapi memiliki kadar tembakan yang amat tinggi dan mampu mencapai keupayaan menembak hingga 1,000 das seminit, bergantung pada variannya.

Selain submesingan Uzi jenis asal, yang direka bentuk Uziel Gal pada 1940-an, pengeluar senjata itu juga menghasilkan senjata popular pelbagai jenis yang lebih kecil saiznya berbanding Uzi asal, yang dikenali sebagai Mini Uzi, Micro Uzi dan pistol Uzi Pro.

Oleh kerana ia tidak begitu berat, berbentuk kompak dan memiliki kadar daya tembakan tinggi, banyak anggota pasukan khas serta skuad pembunuh menggunakan Uzi atau variannya yang lebih kecil, terutama untuk berdepan dengan musuh dalam pertempuran jarak dekat (CQB) atau operasi sulit.

Walaupun Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman menafikan penglibatan Tel Aviv dengan pembunuhan itu, tetapi ia tidak pula menafikan pembabitan Mossad, yang dituduh membunuh tokoh Hamas dan Palestin sebelum ini.

Sementara itu, wartawan serta akhbar Israel mendakwa pembunuhan al-Batsh mempunyai ciri-ciri misi pembunuhan Mossad.

Polis Malaysia juga enggan menuding jari kepada Mossad dalam pembunuhan itu kerana siasatan masih dijalankan, tetapi meluaskan siasatan mereka dengan menghantar sebuah pasukan khas ke Bangkok serta memohon kerjasama rakan sejawatan mereka di Singapura dan Filipina.

Satu sumber keselamatan memberitahu Bernama baru-baru ini bahawa dua lelaki berkenaan menggunakan pasport palsu Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia, yang kemudian disahkan KPN. Penggunaan dokumen palsu merupakan taktik yang sering menjadi pilihan ejen perisikan untuk masuk dan keluar dari sesebuah negara.

Sumber itu juga mendedahkan bahawa seorang daripada suspek menggunakan pasport Serbia dan Montenegro seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Selepas membunuh al-Batsh, dua lelaki berkenaan, yang disifatkan sebagai “amat profesional’’ dan mempunyai kaitan dengan “konflik Arab-Israel”, melarikan diri ke Thailand melalui laluan haram di sepanjang sempadan.

Al-Batsh dibunuh ketika berjalan ke sebuah masjid berhampiran untuk menunaikan solat subuh oleh dua lelaki menggunakan sebuah motosikal berkuasa tinggi, yeng melepaskan kira-kira 10 das tembakan terhadap warga Palestin itu.

Bapa kepada tiga anak itu tinggal di Malaysia sejak kira-kira 10 tahun lepas dan bertugas di sebuah universiti tempatan. Jenazah beliau dihantar pulang ke Semenanjung Gaza dan dikebumikan sebagai pejuang yang gugur syahid. – BERNAMA

Tags: Dr Fadi Mohammed Al Batshpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd