• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Timor Leste Ambil Alih Kerajaan

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DILI – Pakatan pembangkang Timor Leste dijangka mengambil alih tampuk pemerintahan selepas menang majoriti penuh, keputusan awal pilihan raya ditunjukkan semalam, selepas kempen dicemari keganasan dan tuduh menuduh.

Ia adalah pilihan raya umum kedua dalam tempoh kurang setahun untuk negara kepulauan kecil dengan 1.2 juta orang, bergelut mengapungkan ekonomi bergantung hasil minyak selepas berbulan kebuntuan politik yang menyaksikan Parlimen dibubar Januari lalu.

Dengan 97 peratus undian pilihan raya Sabtu lalu sudah dikira, Pakatan Majoriti Parlimen (AMP) terdiri daripada tiga parti diketuai wira kemerdekaan, Xanana Gusmao, memiliki kira-kira 48 peratus undian.

Keputusan itu bermaksud, pakatan berkenaan yang termasuk Kongres Kebangsaan untuk Pembinaan Semula Timor (CNRT) diketuai Gusmao, Parti Pembebasan Rakyat (PLP) dan parti belia, Khunto, memperoleh keseluruhan majoriti 34 kerusi dalam 65 kerusi Parlimen.

Bekas jajahan Portugis itu memperoleh kemerdekaan pada 2002 selepas penjajahan brutal 24 tahun oleh Indonesia diikuti tempoh dua setengah tahun pengawasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Fretilin, yang menang tipis pilihan raya Julai tahun lalu, memperoleh 36 peratus undi atau 23 kerusi. – AFP/BH ONLINE

Tags: pembangkangTimor Leste
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd