• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan MB Pahang Selepas Perkenan Istana

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, berkata pelantikan Menteri Besar Pahang akan ditentukan selepas mendapat perkenan Istana dalam masa terdekat.

Beliau berkata Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad akan memilih calon yang sesuai untuk menjawat jawatan pemimpin nombor satu negeri ini.

“Bagi jawatan anggota mesyuarat kerajaan pula, perkara itu belum dapat ditentukan kerana Istana masih belum membuat keputusan tentang (pelantikan) menteri besar, maka itu akan menjadi perkara kedua,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam, BN Pahang dapat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah selepas menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (lapan) dan Pakatan Harapan (sembilan).

Adnan berkata sebagai mewakili BN Pahang beliau berterima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih BN sehingga masih dapat meneruskan pentadbiran negeri.

Mengulas mengenai pelaksanaan projek berimpak tinggi di Pahang oleh kerajaan Persekutuan sebelum ini, Adnan berharap ia akan diteruskan dengan jaminan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan ‘post mortem’ keputusan PRU14 dan dapatannya akan diserahkan kepada kerajaan negeri yang akan dilantik supaya penambahbaikan dapat dilakukan untuk memastikan kelangsungan BN pada masa hadapan.

“Secara keseluruhannya, mengambil kira apa yang dianggap tsunami, prestasi (BN) Pahang agak baik berbanding negeri lain.

“Walaupun kita hilang majoriti dua pertiga, kita masih memegang kuasa dengan majoriti mudah.. 25 berbanding 17 boleh dianggap sebagai majoriti besar dan boleh menyumbang kepada kerajaan yang stabil,” katanya.

Berhubung kehilangan lima kerusi DUN yang dimenangi UMNO sebelum ini, Adnan berkata dua daripadanya iaitu Jengka dan Panching sudah dijangkakan atas faktor komposisi pengundi walaupun wakil rakyat​​​​ sebelumnya telah berkhidmat dengan baik pada penggal lalu. – BERNAMA

Tags: BN PahangDatuk Seri Adnan Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertemuan Pemimpin Tertinggi BN Pahang Petang Ini

Pertemuan Pemimpin Tertinggi BN Pahang Petang Ini

25/11/2022
0

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) Pahang termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu...

BN Serah Polis Siasat Insiden Dikasari Timbalan Menteri

21/01/2019
0

BARISAN Nasional (BN) Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung siasatan insiden dikasari Timbalan Menteri, Tanah dah Sumber Asli, Tengku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd