• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Serah Polis Siasat Insiden Dikasari Timbalan Menteri

oleh
21/01/2019
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARISAN Nasional (BN) Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung siasatan insiden dikasari Timbalan Menteri, Tanah dah Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji semalam.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan polis sudah dibuat calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor awal pagi tadi.

“Saya ada terima mengenai laporan polis yang dibuat oleh calon sendiri dan kita serah pada pihak polis untuk membuat siasatan mengenainya.

“Situasi ini tidak sepatutnya berlaku bagaimanapun ia masih terkawal dan dalam tindakan polis,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata di Cameron Highlands hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang mengulas laporan media mengenai penularan rakaman video di menunjukkan penginapan UMNO Rompin di Pos Lenjang didatangi Tengku Zulpuri Shah yang juga Naib Pengerusi DAP bersama jentera Pakatan Harapan (PH) jam 7.15 malam tadi.

Turut didakwa berada dalam video berdurasi tujuh minit itu adalah dua individu yang mengaku polis yang tidak berpuas hati selepas jentera BN menahan kenderaan terbabit.

Tengku Zulpuri dalam video itu dilihat mempertikaikan tindakan jentera BN menanggalkan bendera Malaysia yang ditampal diatas bendera PH pada logo kenderaan pacuan epat roda terbabit.

Selain video berkenaan, turut tersebar adalah sekeping lagi video berdurasi satu minit 33 saat merakamkan insiden ketika kenderaan terbabit ‘ditahan’ yang menjadi punca kemarahan timbalan menteri berkenaan. – myMetro Online

Tags: BN PahangPRK Cameron Highlandstengku zulpuri shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertemuan Pemimpin Tertinggi BN Pahang Petang Ini

Pertemuan Pemimpin Tertinggi BN Pahang Petang Ini

25/11/2022
0

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) Pahang termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu...

Kenaikan Tarif Air Bukan Bawah 50% Tapi 68% – Najib

11/10/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenaikan pukal harga air yang dijangka dilaksanakan tahun depan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd