Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kini Mesej WhatsApp Dah...

APLIKASI pesanan WhatsApp kini semakin meluas digunakan hingga boleh dikatakan, setiap kita biasanya...

Mahasiswa UTP Martabatkan Muzik...

SERI ISKANDAR — Mahasiswa Universiti Teknologi Petronas (UTP) cukup sinonim dengan bidang sains...

“Saya Setia 101 Peratus”...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau setia...

Lagi Foto Bekas PM...

BANGKOK - Polis Thailand akan menghubungi rakan sejawat mereka di United Kingdom bagi...

Pelantikan Dan Angkat Sumpah MB Kedah Ditangguh

ALOR SETAR – Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang sepatutnya diadakan pada petang ini telah ditangguhkan.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Elmi Yusoff dalam satu kenyataan ringkas bagaimanapun tidak menyebut bila majlis berkenaan akan diadakan.

Kenyataan itu juga tidak menyatakan individu yang mewakili parti tertentu yang akan dilantik sebagai menteri besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlangsung semalam, Pakatan Harapan yang diketuai bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir telah menguasai 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Barisan Nasional pula hanya memenangi tiga kerusi dengan PAS memperoleh 15 kerusi.


Pembentukan kerajaan negeri yang baharu bagaimanapun masih belum dapat dilakukan berikutan majoriti mudah bagi negeri Kedah adalah 19 kerusi DUN. – BERNAMA

Kategori