Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

ST12 Rakam Semula ‘Salam...

Siapa cakap lagu sentuhan komposer Malaysia tidak berkualiti? Nah, kumpulan dari Indonesia, ST12...

Takkan 2020 Pun Nak...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak setiap ahli pembangkang...

Pelajar Kembali Ke Sekolah...

KUALA LUMPUR - Dakwaan murid sekolah rendah dan pelajar tingkatan 1 hingga 4...

Jerusalem’s Jubilee: Pemuda UMNO...

KUALA LUMPUR - Berikutan penganjuran program Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15 hingga...

Pelajar Cedera Blok Asrama Dihempap Pokok

SINTOK – Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap bumbung Blok A Inapan Siswa (INASIS) Grantt dalam kampus induk universiti berkenaan di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, pelajar terbabit, Noor Shamine Amiera Rosli, 22, cedera di kepala dan luka di bahagian dagu manakala rakannya, Nuralin Shazleen Md Roos, 22, pula mengalami calar kecil di kepala.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Abdul Malek Abdul Karim berkata, kedua-dua pelajar terbabit kemudian dihantar ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) pada jam 4.30 petang sebelum dirujuk ke Hospital Jitra.

Katanya, Noor Shamine menerima empat jahitan di kepala selain luka di bahagian dagu, manakala rakannya Nuralin Shazleen turut menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami.

“Setakat ini hasil siasatan awal mendapati terdapat kerja pemotongan pokok berhampiran oleh kontraktor sebelum berlaku angin kencang sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.


“Sebagai langkah keselamatan, tujuh bilik di aras empat Blok A, INASIS Grantt dikosongkqn dan pelajar ditempatkan di rumah tamu Grantt sebelum ditukarkan ke bilik lain buat sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BH Online

Kategori