• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Penyelenggara Direman Kes Bunuh

oleh Ahmad Albab
18/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang pekerja penyelenggara direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tiga beradik yang maut akibat ditetak dengan parang di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Bagan Datuk, dekat sini, semalam.

Suspek berusia 35 tahun itu direman seminggu sehingga 24 Mei ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Syahdatul Kamila Zakaria di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang tiba kira-kira 8.55 pagi di perkarangan mahkamah yang berpakaian lokap warna oren dikawal ketat oleh anggota polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang semalam, tiga beradik berusia antara dua hingga lima tahun maut selepas ditetak oleh seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata lelaki terbabit yang merupakan kenalan kepada keluarga mangsa telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjatakan parang lalu melibas ketiga-tiga kanak-kanak itu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, hingga mengakibatkan kematian.

Katanya kejadian itu turut mengakibatkan empat lagi parah, termasuk ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru sekolah dikenali sebagai Ustaz Ridzuan, 40.

Beliau berkata polis berjaya menahan suspek kira-kira 45 minit kemudian di dalam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad, tidak jauh dari rumah mangsa, hasil maklumat orang awam dan telah merampas parang digunakan suspek. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd