• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tumpu Kempen Kepada Kumpulan Kecil

oleh AK-47
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Gerak kempen PAS di Negeri Sembilan kini lebih tertumpu kepada sesi ceramah kepada kumpulan kecil berbanding ceramah umum ketika berada dalam pakatan pembangkang – Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya 2 negeri, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata sejak keluar daripada​​​​​​​ pakatan yang dibentuk PKR, DAP dan PAS sebelum ini, parti perlu mengubah suai cara berkempen untuk meraih seberapa banyak undi.

“Secara keseluruhan, gerakan kempen PAS berjalan seperti biasa cuma dahulunya PAS bergerak dalam Pakatan Rakyat. Kita maklum rakyat mengutamakan publisiti dengan gimik-gimik yang hebat, program yang diadakan seperti reformasi, maka PAS menumpang bersama-sama mempromosikan parti ketika itu (secara besar-besaran).

“Tetapi apabila PAS berada dalam keadaan bersendirian maka gerak kerja kita lebih menjurus kepada​​​​​​​akar umbi (yang lebih kecil),” katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra di Pasar Besar Seremban di sini, hari ini.

Mohd Khairil Anuar, yang juga calon PAS di kerusi Parlimen Rasah dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu berkata sambutan masyarakat Melayu terhadap parti itu menampakkan perubahan kali ini berbanding ramai yang menolak PAS kerana pihaknya bekerjasama dengan DAP ketika itu.

“Sentimen kebencian mereka kepada DAP sehingga PAS terpalit sama dengan kebencian itu walaupun mereka suka kepada PAS, tetapi keadaan ketika ini berbeza kerana kita bersendirian dan peluang​​​​​​ untuk mendapatkan undi daripada rakyat itu lebih jelas, tidak samar seperti dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd