• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pusat Bincang Situasi Kedah & Perak Petang Ini

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi di Perak dan Kedah, dua negeri terakhir yang masih belum dapat membentuk kerajaan negeri susulan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata pada mesyuarat itu, segala pandangan, pertimbangan dan kemungkinan akan dinilai oleh pimpinan PAS dengan teliti dan cermat sebelum membuat keputusan.

“Prinsip Amal Islami yang dipegang oleh PAS dalam proses membuat keputusan adalah secara syura dan kemudiannya dimuktamadkan oleh presiden sebagai amir jamaah. Paksi tindakan PAS ialah meletakkan Islam mengatasi segala-galanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nasrudin berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan membuat kenyataan rasmi selepas mesyuarat dengan barisan kepimpinan parti itu selesai.

Setakat ini, semua parti yang bertanding di Kedah dan Perak tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana tiada pihak berjaya mendapat majoriti mudah.

Di Kedah, daripada 36 kerusi DUN, 18 dimenangi Pakatan Harapan (PH), PAS 15 dan baki tiga lagi oleh Barisan Nasional (BN) manakala Perak yang mempunyai 59 kerusi DUN menyaksikan PH menang 29, BN (27) dan PAS (3).

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri di Kedah ialah 19 kerusi manakala Perak pula 30 kerusi.

PRU14 pada 9 Mei lalu menyaksikan PH menumbangkan kerajaan BN yang memerintah negara sejak lebih 60 tahun, di peringkat pusat dan beberapa negeri.

Selain mempertahankan Pulau Pinang dan Selangor dengan keputusan lebih baik, PH menakluk Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sementara PAS yang berjaya mengekalkan penguasaan di Kelantan, merampas kembali Terengganu daripada BN.

Semalam, Pengerusi PH yang juga bekas perdana menteri keempat selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad, 92 mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. – BERNAMA

Tags: Nasrudin Hassan TantawiPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd