• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Harap PH Tak Jadi Kerajaan Balas Dendam

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap beliau boleh memberi sumbangan yang baik kepada politik negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata melalui pembebasan itu juga PAS berharap Anwar yang juga Ketua Umum PKR dapat meredakan “suasana panas dan agak tegang” pada masa sekarang ini.

“Kita berharap Pakatan Harapan ini tidak menjadi sebuah kerajaan yang membalas dendam. Semua orang harapkan, bukan kami (PAS) sahaja, walaupun kami pembangkang tetapi rakyat mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan ini lebih baik daripada kerajaan terdahulu… lupakan cerita lama dan buka lembaran baharu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata sejak dahulu lagi PAS konsisten bahawa Anwar tidak bersalah dan percaya terdapat konspirasi di belakang pertuduhan dan pemenjaraannya.

Mohd Amar diminta mengulas mengenai pembebasan Anwar hari ini.

Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd