• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panglima TLDM Kesal Kenyataan Diputar Belit

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kesal pesanan kepada anggotanya untuk menjalankan tanggungjawab mereka mengundi dijadikan propaganda yang menggambarkan dirinya simpati kepada parti pembangkang.

“Saya kesal kenyataan saya #JomUndi di FB TLDM diputar belit oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka,” tulis Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Twitternya hari ini sambil disertakan hashtag Barisan Nasional (BN) “#HebatkanNegaraku”.

Terdahulu, sebuah blog pro-pembangkang memetik kenyataannya mengingatkan anggota TLDM yang mereka bebas mengundi, tetapi kenyataan Kamarulzaman itu diterjemahkan sebagai membantu kempen pilihan raya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semalam, Kamarulzaman berpesan kepada warga tentera laut agar mengundi secara bijaksana berdasarkan fakta, pemerhatian, pencapaian yang dikecapi dan pengalaman sendiri.

“Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab undilah dengan penuh bijaksana. Ketahuilah, undi kita adalah rahsia,” tulisnya di Facebook tentera laut semalam, sehari selepas Dr. Mahathir menulis surat terbuka kepada panglima dan pegawai pemerintah tentera untuk menggalakkan anggota di bawah naungan mereka mengundi secara bebas, tanpa kekangan mana-mana pihak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengesahkan pilihan raya umum ke-14 akan menggunakan daftar pemilih suku ke-4 2017 yang mengandungi 14,940,624 pengundi.

Anggota tentera antara 300,255 pengundi awal yang akan membuang undi pada 5 Mei ini, 4 hari menjelang hari mengundi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad BadaruddinPanglima TLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Undi Dua Kali Tidak Mungkin Berlaku – SPR

Next Post

Kenapa Pakatan Harapan Tak Ajak Siti Kasim Kempen?

Related Posts

Mohd. Reza Kini Panglima TLDM Baharu

01/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baharu menggantikan...

Panglima TLDM Puas Hati Filem ‘Paskal The Movie’

27/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin amat berpuas hati dengan...

Next Post

Kenapa Pakatan Harapan Tak Ajak Siti Kasim Kempen?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd