• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panglima TLDM Puas Hati Filem ‘Paskal The Movie’

oleh
27/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin amat berpuas hati dengan sentuhan pengarah filem Paskal The Movie, Adrian Teh kerana berjaya menghasilkan filem itu, setelah 42 tahun berkhidmat dengan TLDM.

Ahmad Kamarulzaman yang akan bersara pada akhir November, turut menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kerana menitahkan kejayaan misi menumpaskan lanun Somalia di Teluk Aden itu wajar dibukukan dan jika boleh dibuat filem agar ia terpahat dalam sejarah TLDM.

“Saya ucapkan syabas kepada rakan strategik TLDM iaitu syarikat AsiaTropical khasnya pengarah dan penerbit filem ini kerana semua pembikinan filem berkenaan adalah dirancang dan mengambil peluang latihan-latihan yang diadakan,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dengan Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.

“Syabas kepada anggota Paskal TLDM yang sama-sama terlibat membuat aksi berbahaya dan khas yang memerlukan mereka terlatih dan berkelayakan melakukannya kerana mereka ini adalah pelakon di belakang tabir,” katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata filem ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada filem tempatan kerana berjaya menyuntik semangat patriotisme.

Paskal ataupun Pasukan Khas Laut yang ditubuhkan dengan rasmi pada 1 Oktober 1982 merupakan pasukan operasi khas TLDM yang antaranya terlibat dalam perang gerila, antipengganas, menyelamatkan tebusan dan lain-lain.

Filem Paskal the Movie yang diterbitkan dengan kos produksi RM10 juta merupakan filem tempatan termahal pernah diterbitkan. Filem arahan pengarah muda itu memaparkan dua insiden sebenar membabitkan PASKAL – Operation Dawn 8: Gulf of Eden dan peranan pasukan itu dalam United Nations Angola Verification Mission II.

Dalam Operation Dawn 8: Gulf of Eden yang dramatik pada 20 Jan 2011 pasukan Paskal berjaya mematahkan percubaan lanun Somalia merampas kapal Malaysia MT Bunga Laurel yang membawa bahan kimia di Teluk Aden, berhampiran Yemen.

Filem itu menyaksikan kutipan box-office RM2 juta pada tayangan sulungnya. – BERNAMA

Tags: Filem PaskalLaksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Perak Di Majlis Tayangan Perdana Filem Paskal

21/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat ke tayangan perdana Paskal...

Filem Paskal Kutip RM16 Juta Untuk 11 Hari Tayangan

09/10/2018
0

SHAH ALAM - Filem Paskal yang diinspirasikan pengorbanan sebenar anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd