• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palestin Yang Dibedil, Israel Pula Dibantu

oleh
15/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK 58 orang rakyat Palestin terkorban dan lebih 2,700 lain telah cedera dalam protes Great Return of March akibat daripada sekitar 1,350 tembakan dilepaskan oleh tentera Israel, semalam.

Tentera Israel telah menggunakan gas pemedih mata selain tembakan secara langsung yang menyebabkan ramai rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman tersebut termasuklah bayi dan kanak-kanak.

Bantahan dilakukan oleh puluhan ribu rakyat Palestin sebagai percubaan menyeberangi pagar sempadan yang memisahkan antara Israel dan Gaza, lapor The New York Times.

Rakaman video menunjukkan rakyat Palestin bertindak membaling batu dan membakar tayar yang mengeluarkan asap tebal berwarna hitam sebagi tindakan protes.

Tidak sekadar itu, ada di antara mereka berarak dan bergelut dengan polis Israel di luar kedutaan AS berhubung upacara pemindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Seorang rakyat Palestin melaungkan kata-kata semangat yang diulangi oleh beberapa individu lain dalam bantahan itu.

“Sekarang kita menuju ke Bailtulmaqdis dengan berjuta-juta syahid. Kita mungkin mati tetapi Palestin akan hidup!” Katanya.

Antara 58 mangsa korban adalah seorang bayi 8 bulan, Laila al-Ghandour, meninggal dunia setelah sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memuji tindakan AS dan menyifatkannya kononnya sebagai satu perkara mulia dalam sejarah Israel ketika upacara tersebut.

“Ini adalah hari yang baik untuk perdamaian. Anda boleh membina keamanan dengan kebenaran dan kebenaran itu adalah Baitulmaqdis yang telah menjadi ibu kota Israel selama 3,000 tahun,” katanya ketika berucap.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika berucap semasa upacara pemindahan kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

Kenyataannya itu langsung tidak diterima baik oleh beberapa pemimpin asing termasuk Menteri Luar Perancis Jean-Yves Le Drian.

Beliau mengatakan dalam satu kenyataan bahawa tindakan kedutaan itu melanggar undang-undang antarabangsa khususnya pada resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ironinya, seteruk mana rakyat Palestin ditindas, semangat mereka tetap membara berjuang menuntut tanah air mereka yang telah dirampas oleh Israel.

Manakal AS hanya menutup mata berhubung isu penindasan tentera Zionis terhadap rakyat Palestin sebaliknya terus memberikan sokongan dan bantuan kepada Israel bagi memenuhi nafsu dan kepentingan mereka. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: ASIsraelPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd