Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Orang Ramai Diingatkan Jauhi...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa dan penjaga digesa menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi...

Bicara Haniff Khatri Tuntut...

KUALA LUMPUR : Tuntutan saman difailkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla terhadap BERSATU...

Siasatan Telus Kemalangan Libatkan...

SABAK BERNAM - Setiap siasatan termasuk melibatkan kes kemalangan dijalankan secara teliti dan...

LGE Kena Belajar Balik...

SINIS... Pemuda UMNO bidas Lim Guan Eng sangkal laporan Nomura Global Research turun rating...

Nurul Izzah Tak Setuju Serbuan Polis Waktu Malam

SEJURUS menunaikan solat sunat terawih bagi menyambut kedatangan Ramadan semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kejutan besar apabila polis menyerbu dan geledah kediamannya.

Tindakan pihak polis yang memulakan operasi khas tersebut pada lewat malam yang membawa hingga ke waktu pagi nyata membuatkan orang ramai tidak bersetuju dengan perkara itu.

Baca: Polis Dikecam Geledah Rumah Tidak Hormat Najib

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut tampil memberikan pendapatnya mengenai serbuan itu di laman Twitter miliknya dengan mengatakan bahawa sebarang siasatan perlu dilakukan dengan bijak.

Jelasnya, pihak polis telah hadir ke rumah bekas perdana menteri itu pada waktu yang tidak sesuai dan memohon pihak berkuasa untuk sentiasa menerapkan prinsip keadilan dan berhemah dalam melakukan siasatan.

“Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya mesti menyatakan rasa tidak bersetuju ini terhadap tindakan geledah mana-mana kediaman pada waktu awal pagi dan tidak bersesuaian,”

“Dakwa, siasat dengan berhati-hati. Prinsip keadilan dan berhikmah sentiasa terpakai @PDRMsia,” tulisnya di Twitter, hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis yang menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pandangannya itu turut dipersetujui Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengatakan tiada sebab untuk pihak polis melakukan serbuan tersebut pada waktu sebegitu.


Pemimpin PAN Selangor itu malah berkata, pihak polis memang berhak untuk melakukan siasatan, namun tidak perlulah sehingga memalukan maruah suspek.

“Saya bersetuju dengan Izzah mengenai isu ini. Siasat itu perlu tetapi tidak perlu memalukan atau melanggar hak mereka. Selepas siasatan selesai, dakwa.

“Tiada sebab untuk menyiasat sehingga jam 4 pagi. Saya juga pernah ditahan pada pukul 2.30 pagi,” tulisnya di Twitter.

Semalam, pihak polis telah menyerbu kediaman peribadi Najib dan lima lagi kediaman lain termasuk Pavillion Residence Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Operasi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh turut mengesahkan tindakan itu.

Beliau berkata, proses serbuan dan menggeledah itu dilakukan oleh pihak polis untuk ‘mencari sesuatu’ di kediaman Najib. – MYNEWSHUB.CC

Kategori