• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Lebih Ramai Bukan Melayu Ke Universiti Awam

oleh Haris
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan, Centre For Malaysian Political And Economic Transcendence (Competent) mahu lebih ramai bukan Melayu diterima memasuki universiti awam, menurut laporan Sinar Harian 26 Mei.

Menggunakan hujah merit, ketua eksekutif pertubuhan itu, Wan Anwar Wan Ibrahim dilapor berkata laluan bagi pelajar Bumiputera melalui prauniversiti dan matrikulasi lebih mudah menyebabkan ramai dapat memasuki institusi pengajian tinggi.

“Pelajar bumiputera kebanyakannya melalui sistem matrikulasi manakala pelajar bukan bumiputera pula majoritinya mengambil STPM yang silibusnya dikatakan lebih susah. Hasilnya, pelajar bukan bumiputera amat sedikit bilangannya di dalam universiti awam.

“Jika pelajar bumiputera sentiasa dilindungi daripada persaingan dalam universiti, bagaimanakah pula nasib apabila mereka terpaksa bersaing dalam pasaran kerja?

“Adalah tidak mengejutkan apabila graduan bumiputera dilaporkan mempunyai kadar pengangguran lebih tinggi berbanding graduan bukan Bumiputera,” katanya dipetik akhbar itu.

Kenyataan Wan Anwar ini selaras dengan pendirian kerajaan baharu yang mahu kesamarataan antara kaum, seperti yang dipegang dan diperjuangkan oleh DAP, parti berpengaruh dalam kerajaan.

Beliau juga merupakan ahli Parti Amanah Negara (PAN), berperanan sebagai seorang pemimpin pemuda PAN yang turut aktif dalam biro guaman parti ini.

Kegiatan beliau bersama NGO pendidikan ini merupakan satu strategi menyuarakan pandangan dan desakan yang boleh dilihat sebagai daripada pihak yang berkecuali.

PAN dikenali sebagai parti yang bergerak sebagai proksi atau penyokong kepada DAP, dan sering bercakap untuk membela atau mewakili DAP, terutama dalam isu-isu yang sensitif kepada orang Melayu.

Walaupun tanpa penjelasan lebih terperinci, tuntutan Competent ini bertujuan merombak sistem sedia ada yang memberi peluang kepada lebih ramai orang Melayu mencapai pendidikan tinggi.

Pertubuhan ini turut mengaitkan sistem sedia ada dengan budaya mengampu yang didakwa terhasil daripada budaya yang tidak menekankan merit.

“Jika merit tidak diberikan penekanan dalam budaya kerja, maka budaya mengampu pula yang akan menggantikannya,” katanya. – Mynewshub.cc

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Berkenan Saksikan Formula Satu Gulf Air Bahrain Grand Prix

Agong Berkenan Saksikan Formula Satu Gulf Air Bahrain Grand Prix

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix...

‘Saya Basah, Tapi Teruja… Seluruh Negara Bergembira’ – PMX Anwar

‘Saya Basah, Tapi Teruja… Seluruh Negara Bergembira’ – PMX Anwar

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan seluruh negara sedang bergembira dengan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd