• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Berkebajikan, Rakyat Diseru Menyumbang

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Rakyat perlu bersama-sama menyumbang kepada negeri jika ingin memastikan konsep negara berkebajikan mengikut acuan Islam berjaya mencapai matlamatnya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata rakyat perlu meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan diri dengan membenarkan kerajaan melaksanakan dahulu pentadbiran mengikut ajaran Islam sebelum bertindak meminta apa- apa sahaja demi memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi masing- masing.

“Yang penting ialah melaksanakan hukum Allah dahulu. Jangan pula bila dah menang kena dengar permohonan aku (rakyat) nak mintak tanah, nak itu nak minta ini. Inilah perangai orang Yahudi yang di zaman dahulu terhadap rasul dan nabi yang menyeru ke jalan Allah. Mereka bukan nak menegakkan agama Allah tetapi berjuang untuk kepentingan diri sendiri.

“Dalam negara berkebajikan, Islam menggalakkan rakyatnya membuat kebajikan, bukan tunggu sahaja negara buat kebajikan. Kita tengok zaman dahulu, semangat umat Islam bina masjid pakat guna duit sendiri kerana nakkan pahala dengan titik peluh mereka,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, hari ini.

Tambahnya, memang tidak dinafikan kerajaan bertanggungjawab untuk buat kebajikan tetapi ia jadi lebih sempurna jika semua pihak memainkan peranan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi juga mengingatkan umat Islam di negara ini supaya lebih peka terhadap masalah umat Islam di seluruh dunia yang sedang menderita akibat kekejaman sesetengah orang kafir seperti di Palestin, Rohingya dan lain- lain dengan cuba membantu sama ada melalui doa mahupun wang ringgit.

“Umat Islam yang beriman ialah apabila mendengarkan saudaranya ditimpa kesusahan dia akan turut merasa sakitnya dan cuba membantu setakat yang ada. Kita lihat dahulu apabila Bosnia diserang oleh orang kafir, Turki membantu dan begitulah yang lain-lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan pihak yang sering mendakwa rakyat terpaksa menanggung hutang...

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd