• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib JAKIM Akan Ditentukan – Dr. Mahathir

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuwan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan diambil bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dahulu.

“Dan kita akan tentukan negara ini, Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, semalam.

Sebelum ini, ada pihak mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan melihat semula peranan JAKIM sama ada dikekalkan atau tidak dan cadangan itu dibuat berikutan badan itu dilihat digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Selain itu Dr. Mahathir berkata, gambaran salah yang diberikan sesetengah pihak mengenai Islam di negara ini bukanlah kehendak agama.

Malah, katanya, banyak larangan yang ada dalam Islam, tidak diamalkan.

“Sebaliknya kita fikirkan tentang cara-cara lain yang bukan datang dari ajaran Islam untuk menunjukkan kononnya Islam ini agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya.

“Dengan perkataan lain kita lebih suka memaksa daripada ajaran Islam yang berkata, tiada paksaan dalam Islam,” katanya.

Ditanya mengenai Biro Tata Negara (BTN), Perdana Menteri berkata, program itu akan dikaji semula.

Ditanya mengenai cadangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka kepada kaum lain, Dr. Mahathir berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

HINDRAF 2.0 baru-baru ini mencetuskan kontroversi mengenai tuntutan itu, namun Pengerusi HINDRAF, P Waythamoorty menafikan memorandum itu mewakili pihaknya.

Isu supaya UiTM dibuka kepada semua kaum ditentang oleh pelbagai pihak susulan tuntutan menerusi memorandum HINDRAF 2.0 berkenaan. – myMetro Online

Tags: Jakimperanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd