Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Jerebu: 18 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berikutan...

DUN Sabah Lulus Peruntukan...

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan perbekalan tambahan...

6 Bekas Ahli Parlimen...

PUTRAJAYA - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari...

Masa Untuk DAP, PAN...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS memberi amaran masa untuk DAP dan Parti Amanah...

Najib Umum 18 Inisiatif Baharu Majukan Langkawi

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan 18 inisiatif baharu untuk mengangkat Pulau Langkawi ke tahap lebih maju dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) komited untuk melaksanakan kesemua 18 inisiatif itu bagi meningkatkan taraf hidup penduduk pulau bersejarah itu ke tahap lebih hebat.

“Kita bukan hanya ingin bangunkan industri pelancongan tetapi juga perniagaan, infra rakyat, gaya hidup, rekreasi dan pelbagai peluang untuk masa depan Langkawi yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di majlis Santai Industri Pelancongan Langkawi yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; calon-calon BN untuk Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad; Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan dan DUN Air Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Jelas Najib, inisiatif pertama adalah penubuhan sebuah pusat transformasi bandar (UTC) di sini, yang membolehkan urusan kelulusan permit atau lesen boleh dibuat dengan kadar lebih cepat.

Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta disediakan oleh SME Bank dalam bentuk pembiayaan antara RM25,000 dan RM250,000 kepada peniaga Langkawi yang mengusahakan chalet, motel dan kedai runcit.

“Geran sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada 1,000 orang peniaga kecil yang akan diagihkan oleh persatuan-persatuan peniaga yang berdaftar bermula 1 Jun ini,” katanya.

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga akan memperuntukkan dana dalam bentuk geran sehingga RM10,000 kepada 200 usahawan bagi membiayai perniagaan kecil-kecilan.

Menurutnya, sebanyak RM12 juta diperuntukkan untuk memperkasa Akademi Pelancongan Langkawi, sementara sebuah hab perniagaan berkonsepkan model pasar Chatuchak di Bangkok akan dibangunkan di Pantai Chenang.


Najib berkata sebuah premium outlet juga akan dibina di sini menerusi pelaburan sektor swasta berjumlah RM200 juta selain penubuhan sebuah hospital swasta sebagai satu tarikan pelancongan kesihatan.

Najib berkata sebuah sirkit motocross akan dibina di Langkawi selain menggiatkan lagi segmen pelancongan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sedang diperbesarkan dan dijangka siap September ini dengan kapasiti tiga juta pelancong setahun.

“Kerajaan juga sedang merangka strategi untuk menarik syarikat-syarikat penerbangan asing untuk mengadakan penerbangan terus,” katanya selain pengenalan pakej-pakej istimewa WiFi berkelajuan tinggi di kawasan-kawasan awam di sini.

Menurutnya sebuah syarikat dari China akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menghasilkan 40 video promosi tentang Langkawi untuk tontonan kira-kira 980 juta orang di negara itu dan 10 juta orang di Malaysia.

Tourism TV akan diwujudkan bagi mempromosikan sektor Langkawi. Slot selama dua jam sehari diberikan eksklusif kepada Langkawi,” katanya sambil menambah kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan pelepasan lesen selama setahun kepada peniaga yang menghadapi masalah lesen dengan pihak berkuasa tempatan. – BERNAMA

Kategori