Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

iPhone 6 Menyertakan Sokongan...

Bayangkan dompet anda tercicir, di dalamnya terdapat kad pengenalan, tiket penerbangan, kad bank,...

167 Tong LPG Bernilai...

SUNGAI SIPUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas...

Malaysia Pengguna Aplikasi WhatsApp...

KUALA LUMPUR - Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna Internet di...

Arab Saudi Tundukkan Harimau...

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaysia sekali lagi tunduk di tangan Arab Saudi...

Najib Sediakan RM500 Untuk Semua Kakitangan Awam

BERITA pemberian bantuan khas raya berjumlah RM400 buat penjawat awam Gred 41 dan ke bawah yang disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, semalam jelas mengecewakan orang ramai.

Hanya penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) merasakan pemberian tersebut istimewa dan menunjukkan keprihatinan kerajaan baharu ini membantu rakyat.

Kakitangan awam yang waras merasa kecewa dan tertipu. Untuk menutup malu, sebahagian mereka sudah pandai buat-buat bersyukur walaupun tak dapat bonus berkenaan.

Mungkin penyokong mereka lupa bahawa kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya telah menjanjikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri.

Perkara itu diumumkan Najib ketika membentangkan Bajet 2018 pada hujung tahun lalu di mana beliau menyatakan bahawa bayaran khas sebanyak akan RM1,500 diberi kepada penjawat awam, iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya.

Malah, pembentangan bayaran khas dalam Bajet 2018 itu juga telah diluluskan Parlimen dan telah disifatkan sebagai perangkaan rasmi negara.

Isunya mudah, duit bayaran khas itu telah disediakan Najib sejak tahun lepas lagi.

Jadi, apa yang boleh disimpulkan daripada pemberian bayaran khas Aidilfitri kerajaan PH ini adalah mereka hanya meneruskan pelan rangkaan yang telah ditetapkan kerajaan terdahulu.

Seperti mana harga minyak masih lagi harga zaman Barisan Nasional, pembayaran khas semalam juga masih menggunakan bajet yang disusun Najib.

Apakah ada diantara kakitangan awam yang mengucapkan terima kasih kepada beliau? 

Namun begitu, persoalan yang  bermain di minda orang ramai sekarang ini adalah ke mana perginya RM100 yang ditarik dari peruntukan buat penjawat awam ini?

Apa yang lebih menyedihkan, hanya segelintir kecil sahaja kakitangan awam yang mendapat wang itu sedangkan Najib telah menyediakan peruntukan secukunya untuk semua.

Persoalan itu juga dibangkitkan Presiden Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda di mana menerusi pemerhatian pihaknya, kerajaan PH telah memotong RM100 dari jumlah sebenar yang dibentangkan kerajaan terdahulu.

Jelasnya, bayaran khas bagi membantu lebih 1.6 juta kakitangan sektor awam menjelang Aidilfitri itu merupakan sebahagian daripada peruntukan belanjawan negara.

“Hari ini (semalam), kerajaan baharu kita buat pemotongan RM100 daripada peruntukan yang diluluskan Parlimen. Itu pemerhatian CUEPACS.


“Dalam keadaan ketika ini, ahli kita mengharapkan bantuan berkenaan sempena lebaran, namun ia tidak bermaksud CUEPACS membantah.

“Kita jangkakan lebih daripada itu, sebaliknya sekadar RM400,” katanya memetik sebuah laporan media tempatan.

Adakah RM100 ini dipotong bagi membayar hutang kerajaan yang kononnya mencecah RM1 trilion itu? Hutang yang sengaja ditokok tambah bagi menipu rakyat Malaysia.

Tidak cukupkah Tabung Harapan yang katanya diwujudkan untuk membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus?

Taktik mereka meraih simpati masyarakat nampaknya sekali lagi berjaya mengalihkan perhatian rakyat apabila ramai berpusu-pusu menyampaikan sumbangan mereka kepada kerajaan menerusi Tabung Harapan.

Berbalik kepada bonus Aidilfitri, Najib sebagai bekas perdana menteri berjanji untuk memberikan bantuan khas Aidilfitri tersebut kepada seluruh 1.6 juta orang penjawat awam.

Tapi mengapa kerajaan PH hanya berikan bayaran khas Aidilfitri itu kepada penjawat awam Gred 41 ke bawah sahaja? Kenapa tak bagi sahaja kepada semua kakitangan awam?

Bagi pesara kerajaan pula, Mahathir mengumumkan bantuan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada mereka. Sekali lagi terdapat potongan RM50 daripada jumlah sebenar RM250 yang dibentangkan kerajaan terdahulu.

Kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan perlu bersikap lebih telus dengan memberitahu orang ramai ke mana jumlah wang yang dipotong daripada bantuan ini disalurkan.

Bukankah ia telah disediakan kerajaan Barisan Nasional untuk diberikan kepada kakitangan awam? Kenapa perlu tarik RM100 dan juga RM50 bagi pesara kerajaan?

Dalam pada itu, perlu juga ditanya apakah status Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang diumumkan kerajaan terdahulu dan dijadualkan pada 1 Julai ini?

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke-16 pada 4 April lalu, bekas perdana menteri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji satu tangga kepada semua penjawat awam berkuat kuasa pada tarikh itu.

Adakah KGT ini akan ditarik semula atau dipotong jumlahnya seperti bayaran khas Aidilfitri? Kita tunggu dan lihat sahaja tindakan seterusnya dari kerajaan PH.

Sampai bila penipuan mengenai jumlah hutang negara akan dijadikan alasan utama untuk terus menipu rakyat? – MYNEWSHUB.CC

Kategori