• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabila Jaga Sensitiviti, Mohon Maaf Tudung Singkat

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DISEBABKAN mengenakan tudung yang singkat sehingga menampakkan dada, penyanyi Nabila Razali telah ditegur oleh netizen ketika dia memuatnaik video ucapan salam Ramadannya di Instagram.

Baca: Puasa 17 Jam, Nabila Akur Jauh Dengan Keluarga

Bagi Nabila sendiri, dia akan menerima segala teguran postifi mahupun negatif dan berjanji untuk terus memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik.

“Saya terima semua teguran daripada netizen. Niat saya hanya untuk ucapkan selamat berpuasa kepada peminat.

“Tak ada niat apa-apa pun. Insya-Allah saya akan cuba perbaiki mana yang salah dan menjadi lebih baik,” katanaya ketika dihubungi oleh pihak mStar Online.

Rata-rata netizen mempersoalkan pemakaian tudungnya itu yang kelihatan agak singkat sehingga mendedahkan bahagian dadanya.

https://www.instagram.com/p/Bi1VaN1HVnA/?taken-by=nabila.razali

Malah, penyanyi lagu Pematah Hati itu turut enggan mengulas panjang berkenaan isu itu dan memohon maaf seandainya ada pihak yang tidak menyukai video ucapan berkenaan.

Dalam masa yang sama, dia turut memohon agar peminat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya untuk masa akan datang.

“Saya tidak mahu bercakap lebih mengenai perkara ini. Takut nanti ada yang salah anggap dengan kenyataan saya.

“Apa-apa pun, saya minta maaf kepada semua. Saya berharap semua peminat mendoakan yang baik-baik untuk saya, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Kini, Nabila sedang berada di Turki bagi menjalani penggambaran drama berjudul Cintaku Di Bumi Izmir dan turut menyambut bulan Ramadannya di negara berkenaan.

Mujur disebabkan sibuk dengan urusan pengambaran sehingga membuatkan pelakon drama Hikyakat Cinta Si Pematah Hati itu langsung tidak berasa penat atau lapar walaupun terpaksa berpuasa selama 17 jam.

“Saya akan berada di sini sampai minggu ketiga puasa. Pertama kali saya dapat pengalaman berpuasa selama 17 jam.

“Tapi alhamdulillah, tak ada rasa lapar sangat sebab mungkin sibuk nak habiskan penggambaran dan tak fikir soal makan.

“Ada hari saya perlu berbuka puasa di dalam bas sahaja disebabkan perjalanan pulang ke hotel ambil masa dua jam,” tambahnya.

Bagaimanapun, baginya sambutan Ramadan kali ini memberi kesan yang mendalam baginya kerana sebelum ini, dia akan berpuasa bersama keluarga tersayang.

Ketika berjauhan seperti ini, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke 10 itu lebih menghargai erti kasih sayang yang sebenar bersama keluarga dan berasa rindu kepada mereka.

Ia turut membuatkan dia sentiasa berasa bersyukur dan lebih menghargai insan yang sentiasa berada disampingnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: nabila razaliNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd