• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyPPP Kekal Parti Bebas, Tidak Sertai PH – Kayveas

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) kekal dengan pendirian sebagai parti bebas dan tidak merancang untuk menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam sidang media khas di Wisma myPPP hari ini, Presidennya, Tan Sri M Kayveas berkata parti itu tidak berhasrat untuk menyertai PH selepas keluar daripada Barisan Nasional (BN).

“MyPPP tidak merancang untuk menyertai PH. Buat masa ini, kita fokus untuk memulihkan kepimpinan dalaman parti.

“Sejujurnya, saya kecewa dengan layanan yang diberikan oleh BN sepanjang bersama gabungan itu.” katanya.

Terdahulu, Kayveas mempengerusikan mesyuarat pertama parti bersama 22 anggota Majlis Tertinggi (MT) yang baharu bagi lantikan sesi 2018/2023 di Wisma MyPPP di Jalan Rotan, di sini.

Mengulas lantikan baharu MT, beliau menegaskan pelantikan itu dibuat atas kuasa presiden mengikut perlembagaan parti.

Lantikan baharu berkenaan turut menyaksikan seramai lima naib presiden dilantik iaitu Datuk Seri Gandi Muthusamy (naib presiden kanan), Datuk Zakaria Abdul Rahman, A.Chandrakumanan, Datuk Soma Sundram dan Datuk Gilbert Goh Kian Puay.

Sebelum ini, MyPPP dilanda konflik dalaman selepas parti itu memecat Kayveas daripada jawatan presiden dan surat pemecatannya turut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 24 April lepas.

Namun, pemecatan beliau dianggap tidak sah selepas menerima surat rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan bahawa beliau (Kayveas) masih presiden MyPPP yang sah. – BERNAMA

Tags: myPPPTan Sri M.Kayveas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

11 Lelaki Memandu Secara Gopoh Didenda RM1,500

Next Post

PKR Buat Laporan Polis Terhadap Tajuddin

Related Posts

Jam Sebagai Simbol, ‘Uncle Bond’

Jam Sebagai Simbol, ‘Uncle Bond’

12/11/2022
0

Bertanding di bawah simbol jam, ahli politik veteran Tan Sri M.Kayveas, yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Bond’ mahu pengundi di...

MYPPP Buat Laporan Kepada SPRM

30/10/2018
0

PUTRAJAYA - Majlis Tertinggi MyPPP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tuduhan RM36 juta...

Next Post

PKR Buat Laporan Polis Terhadap Tajuddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd