• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Lelaki Memandu Secara Gopoh Didenda RM1,500

oleh Ahmad Albab
25/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini mendenda sebelas lelaki sebanyak RM1,500 atas kesalahan memandu kenderaan secara gopoh atau cuai sehingga mungkin membahayakan nyawa atau menyebabkan cedera atau bencana kepada orang lain, kira-kira tiga tahun lalu.

Majistret Norzaliza Tesmin menjatuhkan hukuman itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan pilihan secara berasingan kepada kesemua tertuduh yang berumur lingkungan 20 hingga 29 tahun.

Tertuduh, Raja Mohd Khalid Raja Mohd Khairi, Amran Md Suhud, Asyraf Haziq Rohaizad, Mohammad Shahrul Amir Mohd Fadzli Yussof, Mohamad Sallehin Buyong, Muhammad Zharif Syazwan Norsham, Mohd Hazwan Mohd Yassin, Amirul Azrri Azmi, Wong Wai Yuan, Chan Xian Zhe dan Yong Kai Seng, mengaku bersalah.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Persiaran Teknologi 3, Jalan Persiaran Teknologi 4 dan Jalan Persiaran 5, Nilai, antara 3.05 pagi hingga 3.10 pagi pada 20 Mei 2015.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Norzaliza juga mengarahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika tidak membayar denda.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP M. Shanmugavell, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: dendapemandu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd