Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Pasport Malaysia Palsu Laris...

BANGKOK - Keistimewaan yang dinikmati pemegang pasport Malaysia menjadikan pasport negara itu antara...

Durakovic Kekal Bersama Perak...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengesahkan beliau akan terus membimbing...

Laos Mulakan Pemberian Dos...

VIENTIANE - Bermula April, Kementerian Kesihatan Laos merancang untuk menawarkan dos keempat vaksin...

Bas ‘Lama’ Juga Perlu...

KUALA LUMPUR - Pemasangan alat pengehad kelajuan (SLD) perlu diwajibkan ke atas semua...

Musa Aman Dakwa Masih Ketua Menteri Sabah Yang Sah

KOTA KINABALU – Tan Sri Musa Aman mendakwa bahawa beliau masih ketua menteri Sabah yang sah dan masih belum meletakkan jawatan.

Setiausaha Akhbarnya, Afeiza Khan dalam kenyataan satu perenggan berkata: “Harap maklum bahawa tiada yang berubah. YAB Tan Sri Musa Haji Aman tidak meletakkan jawatan. Beliau masih Ketua Menteri yang sah.”

Bagaimanapun tiada sebarang penjelasan diberikan mengenai isu itu.

Musa, yang merupakan pengerusi perhubungan Barisan Nasional (BN) Sabah, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei malam setelah parti itu mendakwa memperolehi majoriti mudah dengan memperolehi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang memperolehi dua kerusi bergabung dengan BN.

Semalam Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri di sini dan sekali gus menggantikan kerajaan gabungan BN dan Star selepas hilang majoriti mudah.


Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas memperolehi majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN dari BN iaitu empat dari UMNO dan dari UPKO yang berpaling tadah kepada parti Warisan. – BERNAMA

Kategori