• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Tidak Gugat Kekuatan BN Johor

oleh AK-47
03/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan faktor yang boleh menggugat kekuatan Barisan Nasional (BN) di Johor, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn.

Beliau berkeyakinan pengundi dan anggota BN mampu melihat dari perspektif yang lebih luas dalam memilih calon dan parti yang dapat menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Beliau berkata sejarah juga telah beberapa kali membuktikan perkara ini termasuk nasib yang menimpa pengasas dan Presiden pertama, Datuk Onn Jaafar itu sendiri yang gagal mendapat sokongan akar umbi setelah keluar daripada UMNO pada 1951 kerana perbezaan ideologi.

Onn Jaafar yang juga datuk kepada Hishammuddin kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya dan kemudiannya Parti Malaya yang kedua-dua akhirnya terkubur kerana gagal meraih sokongan rakyat.

“Jika kami bimbang tentang Johor, saya tidak akan berada di Hulu Selangor hari ini. Pada masa lalu, sejarah telah membuktikan, malah pengasas UMNO, apabila rakyat melihat pada gambaran yang menyeluruh, pengasas itu juga akan dikesampingkan.

“Itu yang berlaku kepada (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa Hitam. Jadi apa yang membuatkan Tan Sri Muhyiddin begitu istimewa?” katanya kepada wartawan selepas melawat kawasan Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali di Taman Bunga Raya di sini, hari ini.

Muhyiddin yang merupakan bekas Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat pada tahun 2016 akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh. Beliau juga akan bertanding di kerusi DUN Gambir.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Sembrong berkata BN Johor tidak mengambil mudah tentangan yang dilontarkan pembangkang, malah ia telah meningkatkan gerak kerja jentera pilihan rayanya dalam mendepani cabaran pihak lawan untuk memenangi PRU ini.

Mengulas mengenai jentera BN dalam tempoh berkempen yang kini memasuki hari kelima, beliau berkata ia berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan semua pihak adalah baik.

Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin berkata calon-calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dan DUN adalah pasukan impian bagi membawa perubahan yang baik kepada pengundi di kawasan ini. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd