• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamed Khaled Rakam Penghargaan Semua Pihak

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan penghargaan dan terima kasih terhadap semua pihak atas sokongan sepanjang lima tahun diberi mandat menerajui kerajaan negeri.

Mohamed Khaled menerusi kenyataan berkata beliau berharap sokongan yang sama atau lebih baik lagi akan turut diberikan semua pihak khususnya rakyat Johor kepada pasukan kerajaan negeri yang baharu.

“Sepanjang lima tahun lepas, saya telah diberi mandat menerajui pasukan kerajaan negeri Johor. Penggal tersebut tidak akan membuahkan kejayaan dan pelbagai pencapaian yang besar tanpa komitmen, kerjasama dan sumbangan semua Bangsa Johor,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata beliau yakin, tidak kira dalam sektor apa sekalipun, semua Bangsa Johor atas kapasiti dan fungsi masing-masing telah membantu dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau dan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya.

Katanya atas sokongan tersebut pelbagai inisiatif diusahakan kerajaan negeri berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mengikut perancangan.

“Saya sangat menghargai sokongan baik daripada semua pihak selama ini. Saya harap, sokongan yang sama atau yang lebih baik lagi, akan turut diberikan kepada pasukan kerajaan negeri yang baharu.

“Tunjukkan komitmen serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan sokonglah sebarang usaha baik demi kepentingan dan kemajuan negeri Johor. Sudah menjadi budaya dan amalan kita Bangsa Johor untuk sentiasa menyokong dan memberi nilai tambah kepada segala usaha yang berupaya membawa kebaikan kepada masyarakat dan negeri Johor,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mohamed Khaled yang bertanding kerusi Parlimen Pasir Gudang kalah kepada calon PKR, Hassan Abdul Karim dengan keputusan majoriti 24,726 selepas Hassan memperoleh 61,615 undi manakala calon PAS Ab. Aziz Abdullah (6,278 undi) dan calon Bebas, Chee Jock (227 undi).

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Permas, Mohamed Khaled juga tewas dengan majoriti 8,746 undi.

Beliau memperoleh 20,047 undi manakala calon PKR, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh (28,793), calon PAS, Ab Aziz Abdullah (4,181 undi) dan calon Bebas, Rohani Yaacob (113 undi).

Pakatan Harapan mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor manakala Barisan Nasional (BN) mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

04/12/2023
0

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd