• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamed Azmin Kutuk Pembunuhan Rakyat Palestin

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai 55 rakyat Palestin semalam, termasuk kanak-kanak, oleh tentera Israel dan menggesa campurtangan antarabangsa untuk menghentikan pembunuhan itu.

Beliau berkata tiada alasan yang membenarkan keganasan dan pembunuhan dilakukan sewenang–wenangnya terhadap mereka yang mendesak bagi pengembalian tanah air mereka dan pemberhentian segera ketidakadilan yang dilakukan terhadap mereka sejak sekian lama.

“Campurtangan segera antarabangsa patut dilakukan untuk menghentikan pembunuhan ini. Israel tidak harus dibiarkan melakukan keganasan sewenang-wenangnya. Rakyat Palestin telah cukup menderita, dan mereka harus dibela,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata apa yang menimpa rakyat Palestin kini tidak lain tidak bukan adalah tindakan pembunuhan besar-besaran.

Mohamed Azmin berkata keganasan yang mengejutkan itu menyaksikan lebih daripada 1,200 orang ditembak dan cedera semasa demonstrasi ulang tahun ke-70 Hari Nakba, atau 70 tahun “Hari Malapetaka” sempena memperingati penubuhan Israel.

“Apa yang dilakukan tentera Israel adalah suatu tindakan pembunuhan berama-ramai, menjadikan Isnin semalam hari paling kejam sejak berakhirnya Perang Gaza pada 2014,” katanya.

Memburukkan lagi keadaan, katanya, adalah tindakan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baltulmuqaddis yang disifatkannya suatu provokasi hebat dan penghinaan terhadap rakyat Palestin serta menjejaskan proses keamanan. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd