• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Nordin Harap Kerajaan Kekalkan JAKIM

oleh
27/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEDUDUKAN Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang masih lagi terumbang-ambing membawa ketua pengarahnya tampil mengeluarkan kenyataan mahu institusi itu diteruskan.

Lapor portal online tempatan, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, kerajaan baru pasti akan mengekalkan fungsi institusi itu demi kebaikan agama Islam di Malaysia.

Tambahnya, sewaktu zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat pada tahun 1997, peranan JAKIM telah dikembangkan dan dinaik taraf.

“Hasil pertemuan saya dengan beberapa tokoh politik dan pentadbir awam yang pernah berkerja di bawah kepimpinan Perdana Menteri sebelum ini menyatakan bahawa mereka begitu optimis JAKIM akan terus kekal releven di bawah kerajaan hari ini.

“Keyakinan ini menurut mereka berdasarkan beberapa kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan oleh media sebelum Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 dan juga berdasarkan manifesto Pakatan Harapan mengenai hal ehwal Islam,” katanya hari ini dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mohamad Nordin turut menzahirkan ucapan penghargaan kepad semua pihak yang berterusan menyokong JAKIM walaupun terdapat segelintir kelompok menyuarakan supaya JAKIM dibubarkan dan dikecilkan fungsinya.

Pihaknya akan sentiasa bersedia berhadapan dengan arus perubahan terhadap JAKIM bagi menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan demi kebaikan semua pihak.

Sealiran dengan kehendak ketua pengarah JAKIM, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Islam adalah agama Persekutuan dan penubuhan JAKIM tidak pernah menyekat hak orang bukan Islam mengamalkan agama mereka secara aman dan damai.

“Dr. Mahathir telah menjelaskan penubuhan JAKIM selaras matlamat untuk memastikan apa yang kita lakukan dalam pentadbiran tidak bercanggah dengan Islam.

“Selain itu, beliau turut menyuarakan bahawa PH akan berbincang untuk mengekalkan JAKIM, sekiranya gabungan berkenaan berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

Kebelakangan ini, media melaporkan wujud desakan supaya JAKIM dihapuskan dalam kadar segera kononnya demi kesejahteraan negara.

Suara sumbang segelintir pihak itu turut menuntut supaya operasi yang membendung kegiatan khalwat dalam kalangan umat Islam dihentikan kerana dikatakan bercanggah dengan hak asasi manusia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: JakimKerajaanMohamad Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd