Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Kabinet Putuskan BIPK Minggu...

SEREMBAN - Keputusan mengenai pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) akan diputuskan dalam...

Kucing Comel Pencuri Seluar...

JANGAN tertipu dengan muka comel kucing ni kerana dia ada rahsia gelap iaitu...

Orang Ramai Dijemput Hadir...

ORANG ramai khususnya umat Islam di seluruh Temerloh, Pahang dipelawa untuk hadir bagi...

828 Saman Dalam Operasi...

BUTTERWORTH - Sebanyak 828 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Hari...

Modi Tiba Di Malaysia Untuk Bertemu PM Mahathir

SEPANG – Perdana Menteri India, Narendra Modi tiba di Malaysia hari ini untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pesawat khas, penerbangan AI OO1 dari Indonesia, membawa Modi dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 11 pagi.

Modi disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mridul Kumar.

Modi, yang dalam perjalanan ke Singapura, singgah sebentar di Malaysia untuk mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahathir berikutan kejayaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas.

Modi dijadualkan bertemu Dr. Mahathir di Putrajaya.

Ini merupakan lawatan kedua Modi ke Malaysia, yang pertama ialah pada 23 November 2015.


Pada Selasa, Modi tiba di ibu negara Indonesia sempena lawatan tiga negara ke Asia Timur, untuk terus meningkatkan Akta Dasar Timur India.

Menurut Kementerian Luar Negeri India, Modi mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia (dari 29 hingga 31 Mei) dan Singapura (31 Mei hingga 2 Jun) bagi memenuhi undangan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. – BERNAMA

Kategori