• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Doakan Kejayaan Berterusan Narendra Modi, Perdana Menteri India Paling Lama Berkhidmat

oleh Mynewshub
10/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Doakan Kejayaan Berterusan Narendra Modi, Perdana Menteri India Paling Lama Berkhidmat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya atas pencapaian bersejarah menjadi Perdana Menteri India yang paling lama berkhidmat melalui mandat pilihan raya.

Anwar berkata, pencapaian tersebut mencerminkan dedikasi dan kepimpinan Narendra Modi sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam memacu pembangunan, kemakmuran serta memperkukuhkan kedudukan India di pentas global.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada PM Modi atas pencapaian bersejarah ini. Ia menjadi bukti kepada tahun-tahun perkhidmatan awam yang penuh dedikasi dan kepimpinan beliau dalam memajukan pembangunan dan kemakmuran India,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.

Menurut Anwar, Malaysia menghargai hubungan persahabatan yang erat dan telah lama terjalin dengan India serta komited untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, Malaysia juga berharap dapat memperluaskan peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara pada masa hadapan.

“Saya menantikan kesinambungan kerjasama dalam mengukuhkan hubungan dua hala serta memperluaskan peluang untuk rakyat kedua-dua negara,” ujarnya.

Anwar turut mendoakan kejayaan berterusan buat Modi serta keamanan, kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat India. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimdoakejayaan berterusanNarendra ModiPerdana MenteriPerdana Menteri IndiaUcapan Tahniah
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

27/07/2026
0

TAMPIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk menambah baik proses kenaikan pangkat pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd