• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Minta Maaf, Lupa Nak Tabik Hormat

oleh Haris
22/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang baharu sahaja memulakan tugasnya hari ini memohon maaf kerana tidak berhenti memberi penghormatan kepada Panji-Panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sewaktu melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan di sini, pagi tadi, Mohamad atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak berhenti mengikut protokol.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, Mohamad berkata, beliau masih dalam proses memahami dengan lebih lanjut protokol ketenteraan.

Jelasnya, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan namun mengakui perkara yang berlaku merupakan kesilapannya sendiri sebagai seorang manusia biasa.

“Saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya kerana tidak berhenti memberikan penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

“Saya sedia maklum berkenaan perkara tersebut seperti yang telah ditaklimatkan kepada saya namun sebagai manusia biasa kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan,” katanya melalui kenyataan di Facebook.

Mohamad hari ini memulakan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan selepas mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad menerusi entri tersebut juga berkata, beliau akan cuba melakukan yang terbaik demi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia secara keseluruhannya.

Mohamad pada sidang media pertamanya di Kementerian Pertahanan pagi tadi turut mengakui gementar setelah dilantik oleh Perdana Menteri untuk memegang portfolio berkenaan yang mempunyai protokol yang ketat.

Mohamad tiba di perkarangan Dataran Wisma Pertahanan itu pada jam 9.30 pagi tadi sebelum disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Beliau kemudiannya menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama dan seterusnya memeriksa barisan pasukan kawalan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Kementerian PertahananMat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Pinda Akta Kawalan Padi Dan Beras – Mat Sabu

Kerajaan Setuju Pinda Akta Kawalan Padi Dan Beras – Mat Sabu

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju meminda Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang, pemborong...

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd