• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masak Di Majlis PH, Chef Wan Cuma Profesional

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHEF selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah membuat penampilan khas dalam program demonstrasi masakan yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan (PH), hanya beberapa jam sebelum hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermula.

Bagaimanapun, Chef Wan menegaskan bahawa beliau bukanlah berkempen untuk PH, tetapi sekadar menyantuni jemputan parti pembangkang tersebut.

Tambah Chef Wan lagi, beliau sentiasa bersikap profesional dan berbesar hati untuk bertemu dengan para peminatnya tanpa mengira ideologi politik.

“Saya pernah sertai program masakan anjuran Wanita Umni juga, dan sekiranya Barisan Nasional atau PAS menjemput saya, sudah tentu saya akan turut serta.

“Saya telah berasa di dalam industri ini selama 27 tahun; apa salahnya jika datang ke acara seperti ini?” katanya ketika ditemui pihak media semasa program “Mari Memasak Bersama Chef Wan” di Restoran D’Maula Klasik, Ayer Hitam yang dihadiri oleh lebih 70 orang peserta.

Turut hadir semasa acara itu ialah pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, yang bertanding untuk kerusi Ayer Hitam, serta ADUN Yong Peng, Chew Peck Choo.

Dalam pada itu, Chef Wan turut berkata bahawa beliau tidak akan menyertai mana-mana parti kerana beliau lebih senang mengamalkan sikap non-partisan.

Tambah beliau lagi, beliau tidak terlalu risau akan risiko yang bakal mendatang oleh kerana beliau menyertai program anjuran parti pembangkang.

“Kalau lepas ni saya terpaksa jual goreng pisang pun, saya tak peduli,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chef Wanpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd