• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Depan Belia Cemerlang Dengan BN

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Masa depan golongan belia akan terus cemerlang dan gemilang jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk meneraju kepimpinan negeri dan negara, kata calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata kerajaan BN sentiasa mengambil berat keperluan golongan belia apabila pelbagai inisiatif dalam manifesto BN diperkenalkan untuk memperkasa belia, seiring dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Kita harap belia sedar yang selama ini kerajaan telah banyak membantu mereka dalam pelbagai bidang baik dalam keusahawanan mahupun kesukanan,” katanya pada Majlis Kupi-Kupi Belia bersama pemimpin yang dihadiri kira-kira 200 belia dan beliawanis di sekitar kawasan DUN Tanjong Batu di sini hari ini.

Katanya, belia perlu berfikir jauh ke hadapan dan tidak membuat pertimbangan terburu-buru dan melihat pimpinan yang selama ini membela nasib belia dalam semua aspek sama ada keusahawanan, sukan dan pendidikan.

“Aspirasi semua belia penting dalam melakar kejayaan negara pada masa hadapan sebab itu pimpinan BN tidak pernah mengambil ringan suara belia sebaliknya digunakan untuk membangunkan serta memajukan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamisa meminta agar golongan belia yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menunaikan hak masing-masing pada 9 Mei ini.

“Jangan sia-siakan peluang yang diberi untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara dengan mengundi calon serta parti yang telah terbukti membela dan memperjuangkan nasib rakyat,” katanya lagi. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamisa SamatManifesto BN Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokong BN Demi Kesinambungan Semporna

03/05/2018
0

SEMPORNA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta masyarakat Semporna agar terus memberi sokongan padu...

Manifesto BN Sabah Dijangka Dilancarkan Minggu Depan

12/04/2018
0

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah dijangka melancarkan manifesto negeri awal minggu depan, kata setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd