• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Sabah Dijangka Dilancarkan Minggu Depan

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah dijangka melancarkan manifesto negeri awal minggu depan, kata setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini.

“Ada tempoh yang diberikan, namun saya tidak fikir ia (pelancaran manifesto negeri) akan lewat daripada awal minggu depan,” katanya.

Beliau berkata tidak lama selepas pelancaran menifesto negeri, beliau juga menjangka Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, yang juga pengerusi BN negeri, akan mengumumkan calon-calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.

Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek penyenggaraan infrastruktur awam bagi pengundian berkomputer dan projek infrastruktur asas bagi Kota Kinabalu dekat sini.

“Saya beranggapan bahawa apabila ketua menteri mengumumkan nama-nama, sekurang-kurangnya mereka yang akan menjadi calon akan dimaklumkan,” katanya.

Ketika ditanya pemberita bagi mengesahkan jika beliau dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Sepanggar, Abdul Rahman berkata setakat ini, “ Sehingga dan selepas pengumuman (calon-calon) dibuat, saya beranggapan saya masih di sini (sebagai calon berpotensi untuk Sepanggar).

Katanya beliau telah menerima arahan daripada parti untuk turun padang di Sepanggar.

“Tetapi yakinlah. Saya rasa kebarangkaliannya adalah tinggi bahawa saya akan mewakili parti besar UMNO di Sepanggar,” katanya.

Abdul Rahman, anggota Parlimen Kota Belud sebelum Parlimen dibubarkan, juga berkata beliau menerima permintaan daripada pemimpin akar umbi di Kota Belud untuk mempertahankan kawasan pilihan raya berkenaan.

“Apa yang jelas, jika saya bertanding semula di Kota Belud, saya akan menang dengan selesa kerana saya telah memberikan 10 tahun perkhidmatan saya dan sejak saya menjadi menteri (di peringkat persekutuan) saya telah membawa pembangunan di kawasan itu yang bernilai hampir RM1 bilion.

“Tetapi jika kepimpinan parti memberi tahu saya untuk pergi ke kawasan baharu, saya tidak mempunyai pilihan selain memikul tanggungjawab untuk memastikan kemenangan BN di kawasan pilihan raya Sepanggar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Rahman DahlanManifesto BN Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Rahman Tekad Ulang Rekod Cemerlang Di Sepanggar

07/05/2018
0

PARLIMEN Kota Belud bertuah kerana diwakili Datuk Abdul Rahman Dahlan pada penggal yang lepas. Pada Jun 2016, beliau dilantik sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd