Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Presiden Perancis Balas Puisi...

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan menulis puisi untuk seorang gadis Inggeris berusia 13...

NTP Wujudkan 1.8 Juta...

KUALA LUMPUR - Program Transformasi Negara (NTP) mewujudkan 1.8 juta pekerjaan antara 2010...

Jet Pejuang Perancis Letupkan...

JET pejuang Perancis memusnahkan 12 bangunan di Iraq dipercayai menjadi tempat simpanan senjata...

500 Migran Syria Disasar...

KUALA LUMPUR - Malaysia meletakkan sasaran menempatkan secara sementara 500 migran Syria menjelang...

Manifesto BN Selangor Landasan Baik Cipta Kerja

SHAH ALAM – Memudahkan urusan penjaja dan individu untuk memulakan perniagaan seperti terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor adalah seiring dengan hasrat kerajaan persekutuan dalam menggalakkan rakyat terutama generasi muda untuk menjadi pencipta kerja, bukan pencari kerja.

Naib Presiden Kumpulan Usahawan Selangor, Nazilah Idris berkata manifesto berkenaan adalah selari dengan program Transformasi Nasional 2050 (TN50), hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu memperkasakan pembangunan negara bagi tempoh 2020 sehingga 2050.

“Antara hasrat dalam TN50 ini adalah untuk menggalakkan generasi muda menjadi generasi ‘job creator‘ (pencipta kerja), bukan ‘job seeker‘ (pencari kerja) dan bidang keusahawanan adalah satu daripada caranya.

“Sehubungan itu, manifesto BN Selangor yang turut menyentuh aku janji untuk menggalakkan serta memudahkan urusan mereka yang berminat untuk berniaga sememangnya tepat bagi negara mencapai hasrat TN50 berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Antara intipati Manifesto BN Selangor mengenai usahawan ialah mewujudkan Pusat Transformasi Usahawan (ETC) di seluruh daerah di Selangor, mengenakan bayaran nominal sebanyak RM1 bagi lesen penjaja dan peniaga kecil serta dana khas bantuan modal usahawan kecil.

ETC telah memulakan operasi pada Disember tahun lepas di Shah Alam dan baru sahaja dirasmikan pembukaannya oleh Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar pada 21 April lepas.

Seorang usahawan muda, Muhd Hairul Zikri Abd Razak, 36, berkata penubuhan ETC di Selangor merupakan antara langkah terbaik yang dinantikan oleh usahawan kecil sepertinya.

Beliau berkata dengan adanya ETC ini, para usahawan boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan segala urusan perniagaan seperti lesen, menubuhkan syarikat dan mencari dana kewangan.

“Selain itu, di sini (ETC) kami boleh berjumpa dengan usahawan-usahawan lain sekali gus meluaskan rangkaian masing-masing,” kata pengusaha gerai makanan itu.


Menurut Muhd Hairul Zikri, Manifesto BN Selangor yang mahu menubuhkan dana khas sebagai modal keusahawanan dilihat mampu membantu usahawan-usahawan kecil membesarkan saiz perniagaan mereka.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman, pihak bank dan institusi kewangan dilihat agak sukar untuk meluluskan pinjaman peniaga kecil sepertinya.

“Dengan adanya dana ini, lebih ramai usahawan kecil dan penjaja dapat menaik taraf perniagaan mereka,” katanya.

Manifesto BN Selangor bertemakan ‘Better Selangor Yakinlah. BN Lebih Baik!’ menggariskan lima matlamat utama yang ditawarkan kepada rakyat Selangor sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Lima matlamat utama itu ialah Kestabilan Politik dan Pentadbiran Negeri Berprestasi Tinggi; Keselamatan, Kesejahteraan dan Kemakmuran Rakyat; Infrastruktur dan Kemudahan Asas Mesra Pengguna; Ekonomi Berkembang Maju, Mampan, Inovatif dan Berdaya Saing di peringkat Global serta Kesepaduan Rakyat Tonggak Utama Kelestarian Pembangunan Sosioekonomi Negeri. – BERNAMA

Kategori