• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kaji Semula Kontrak Pencarian MH370

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan akan mengkaji semula dan mungkin “menamatkan” perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjalankan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Beliau berkata kerajaan ingin mengetahui butiran dan keperluan pencarian itu yang dijalankan oleh Ocean Infinity Limited.

“Jika kita mendapati ia tidak perlu, kita tidak akan memperbaharuinya… Kita akan mengkaji semula kontrak. Kita mungkin menamatkannya jika ia tidak berguna,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet baharu di Perdana Putra di sini hari ini.

Pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan kru hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 8 2014 dan kehilangan pesawat tersebut disifatkan sebagai insiden paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung usaha pencarian MH370 di bawah permukaan laut selama dua tahun pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian meliputi 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 telah ditemukan di pantai barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai “flaperon”.

Operasi yang dijalankan oleh Ocean Infinity, yang diberi mandat rasmi untuk pencarian meliputi kawasan seluas 16,000 km persegi awal tahun ini, gagal menemukan sebarang bukti konkrit. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd