• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Penjawat Awam Wujudkan Kedah Baharu

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir mahu penjawat awam kerajaan negeri agar bersama membantu beliau dalam mewujudkan sebuah Kedah Baharu, selaras dengan semangat Malaysia Baharu di peringkat persekutuan.

Beliau berkata ini bertepatan dengan harapan dan impian rakyat untuk melihat perubahan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Menjadi menteri besar sebanyak dua kali memberikan saya satu perspektif yang lebih menyeluruh mengenai keikhlasan dan kesetiaan warga pentadbir dalam menjalankan tanggungjawab kita bersama demi negeri Kedah yang kita sayangi ini.

“Sudah tiba masanya untuk kita membina suatu budaya yang baharu. Budaya pemangkin kepada kejayaan. Budaya yang tidak lagi sarat dengan amalan-amalan lapuk yang membelenggu kita daripada mencapai kejayaan hidup,” katanya ketika menyampaikan amanat di hadapan lebih 3,000 penjawat awam pada program Bicara Integriti di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mukhriz berkata, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam titahnya sebelum ini juga menekankan mengenai peri pentingnya setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan dirancang dengan teliti agar manfaatnya dapat dinikmati dan dikecapi oleh rakyat.

Sehubungan itu, Mukhriz berkata beliau turut mengalu-alukan sebarang teguran yang dibuat secara berhemah dan bertujuan untuk kebaikan demi memastikan Kedah tidak tersasar dari landasan kemajuan dan pembangunan.

“Menyingkap soal PRU14 yang baru lepas; pengajaran yang kita dapat ialah rakyat Malaysia termasuk rakyat Kedah menolak pemimpin yang zalim. Rakyat sanggup mengundi pihak yang lain daripada pihak yang sentiasa mereka percayai untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Rakyat tolak pemimpin yang tidak terima teguran, walaupun teguran itu berniat untuk membawa kebaikan kepada pemimpin tersebut,” katanya.

Beliau mengimbau semula saat-saat di mana beliau dipaksa berundur daripada jawatan menteri besar sebelum ini hanya kerana membuat teguran terhadap pemimpin yang disalahertikan sebagai satu perbuatan mengkhianat.

“Teguran itu tidak bersifat peribadi, tetapi didorong oleh sifat kasih sayang dan keinginan untuk melihat ketua saya tidak mengaib dirinya dengan suatu keputusan yang silap.

“Teguran itu saya lakukan juga demi kepentingan rakyat yang memberi respons yang negatif terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan,” katanya.

Pada majlis itu, Mukhriz turut mengisytiharkan slogan baharu, iaitu Kedah Aman Makmur – Harapan Bersama Makmurkan Kedah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mukhriz Tun MahathirPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd