• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Saman Tian Chua Terhadap SPR

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang difailkan Naib Presiden PKR Tian Chua terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan pencalonannya untuk bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dengan memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.

Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal oleh SPR terhadap saman pemula (OS) yang dibawa Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chan.

Nordin dalam penghakimannya berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencabar keputusan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Anwar Mohd Zain dalam menolak pencalonan Tian Chua untuk bertanding kerusi Parlimen Batu pada PRU14.

Hakim itu berkata pemohon (Tian Chua) sepatutnya memfailkan saman tersebut dengan cara petisyen pilihan raya dan bukannya dengan saman pemula.

“Saya menolak saman pemula oleh pemohon dengan tiada sebarang perintah berhubung kos,” katanya.

Tian Chua memfailkan saman pemula pada 30 April lepas dengan menamakan Anwar dan SPR masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam samannya, bekas Anggota Parlimen Batu itu memohon satu pengisytiharan mahkamah bahawa beliau berhak untuk dicalonkan dan bertanding kerusi itu, menurut Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pencalonan Tian Chua ditolak pegawai pengurus pilihan raya atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac tahun ini, mengenakan denda RM2,000 ke atas beliau kerana mengeluarkan perkataan kesat yang mengaibkan seorang pegawai polis.

Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan yang difailkan Tian Chua dan mengurangkan denda kepada RM2,000.

Pada mulanya, beliau didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana mengeluarkan perkataan kesat yang mengaibkan seorang pegawai polis pada 2014.

Dalam permohonannya, Tian Chua mendakwa bahawa dalam PRU13, beliau dibenarkan untuk bertanding walaupun didenda RM2,000 oleh mahkamah ketika itu. – BERNAMA

Tags: SPRTian Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd