• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahdzir, Azalina Antara Kunjungi Najib

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mahdzir Khalid antara individu yang dilihat mengunjungi kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini hari ini.

Kenderaan jenis Range Rover yang membawa Azalina yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan kediaman itu pada 10 pagi dan beredar kira-kira 40 minit kemudian.

Mahdzir pula yang juga bekas Menteri Pendidikan tiba di kediaman berkenaan sejurus selepas Azalina pulang dan meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dengan bekas perdana menteri itu.

Turut mengunjungi bekas presiden UMNO tersebut ialah Pengerusi NGO Selangor, Nazilah Idris yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di situ.

“Alhamdullilah, Najib kelihatan sihat ketika pertemuan tadi. Walaupun dilanda dengan pelbagai dugaan beliau tetap tenang menghadapinya,” kata Nazilah kepada pemberita.

Kediaman Najib terus menjadi tumpuan pengamal media dengan kira-kira 50 wakil media tempatan dan antarabangsa berkampung di situ sejak 6 pagi tadi, menantikan perkembangan terbaharu berhubung penyiasatan yang dijalankan oleh polis terhadap bekas pengerusi Barisan Nasional terbabit.

Awal pagi tadi, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan di sini yang dipercayai berkaitan bekas perdana menteri itu dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga unit kondominium di kawasan yang sama.

Najib dan Rosmah telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lepas, Dr. Mahathir berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan siasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MDB. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd