• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Angkat Sumpah PM Ke-7 Hari Ini

oleh AK-47
11/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan majlis angkat sumpah perdana menteri akan diadakan pada Khamis.

Dalam satu sidang media kira-kira jam 3 pagi, Khamis, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan Pakatan Harapan telah membentuk kerajaan persekutuan apabila menang majoriti mudah 117 kerusi Parlimen.

PKR menang 101 kerusi, DAP (9) dan Warisan (7), menjadikan jumlahnya 117, sekali gus membolehkan gabungan parti itu menakluk Putrajaya.

“Esok kita akan adakan angkat sumpah perdana menteri.

“Perdana menteri akan lantik timbalannya dan menteri-menteri lain…very simple,” katanya pada sidang media, awal pagi Khamis.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Ini bermakna, buat pertama kali dalam sejarah berlakunya pertukaran kerajaan Persekutuan di Malaysia selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah.

Beliau juga membayangkan barisan kabinet yang terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai peringkat usia.

“Sebelum ini kita hanya menetapkan jawatan untuk PM dan TPM tapi tidak menamakan barisan menteri kabinet.

“Jadi saya sekarang perlu bincang dengan keempat-empat presiden parti dan ia akan buat saya pening kepala,” katanya secara berseloroh.

Ditanya mengenai kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara, kata Dr. Mahathir, bekas timbalan perdana menteri itu sepatutnya bebas pada Jun ini.

“Kita akan segerakan proses pengampunannya dan selepas itu dia boleh jadi PM, tetapi bagaimanapun perlu bertanding pilihan raya untuk jadi ahli parlimen atau sekurang-kurangnya senator untuk jadi PM,” katanya.

Selain itu, menjawab satu soalan katanya, pihaknya tidak akan balas dendam terhadap sesiapa, sebaliknya sebarang tindakan adalah berasaskan undang-undang negara. – mStar Online

Tags: Mahathir MohamadPerdana MenteriPRU-14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching hari ini membentangkan perkembangan terkini berkaitan isu...

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd