• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Akui Memang Arah Sekat Najib Ke Luar Negara

oleh
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKAT… Perdana Menteri baharu hari ini mengesahkan beliau yang mengeluarkan arahan larang ke luar negara terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Saya memang tidak boleh pergi ke airport (lapangan terbang). Jadi saya suruh orang yang berkuasa untuk ke sana,” kata sinis Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang media khas di ibu pejabat PPBM di Petaling, Jaya, Selangor.

Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini mengesahkan bahawa bekas perdana menteri dan pasangannya berjaya disenarai hitam daripada keluar negara menerusi status yang dikirim dalam akaun Twitter rasmi jabatan itu pagi ini.

Najib yang dilaporkan mahu berehat seketika dengan keluarga berkata beliau akur dengan keputusan Jabatan Imigresen Malaysia melarangnya daripada meninggalkan negara dan memutuskan untuk bersahaja di negara ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd. Zani Che Din mengesahkan Najib dan Rosmah tidak menaiki mana-mana penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS), hari ini.

Selain itu, beliau turut menolak dakwaan tular pihak tidak bertanggungjawab konon bahawa pihak polis menerima arahan daripada kerajaan baharu untuk menahan atau menghentikan pergerakan bekas pemimpin negara tersebut.

“Pihak polis tidak menerima apa-apa arahan untuk menahan Datuk Seri Najib. Mana-mana rakyat Malaysia yang ingin keluar atau memasuki negara ini sebenarnya harus mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Imigresen.

“Mereka yang tidak ada urusan sama ada sebagai penumpang di kawasan ini dan sebagainya, bolehlah beredar dari kawasan terminal ini. Ini bagi mengelakan kesesakan jalan dan menimbulkan kesukaran kepada penumpang.

“Seperti yang diperhatikan, sebenarnya orang lain di dalam pesawat tersebut yang berlepas tadi dan mereka adalah warganegara asing,” kata Mohd. Zani ketika ditemui pemberita di perkarangan LTAAS di Subang, Selangor.

Selain itu tegas beliau lagi, pasukan beruniform di lapangan terbang tersebut merupakan anggota polis Light Strike Force (LSF) untuk mengawal orang ramai dan bukannya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Ujar Mohd. Zani, hanya pegawai imigresen mempunyai kuasa untuk menghalang atau membenarkan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin keluar atau memasuki negara ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ImigresenNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd