Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PRU14: Senarai Penuh Calon...

KOTA KINABALU - Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi 25 kerusi...

Lisa Tidak Tolak Kemungkinan...

PELAKON Lisa Surihani atau nama sebenarnya Lisa Surihani binti Mohamed, 30, mengakui hidupnya...

‘Rombakan Kabinet Esok’

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka mengumumkan rombakan Kabinet esok.IKUTI CHANNEL...

Empat Kilang Di Cheruk...

BUKIT MERTAJAM - Empat kilang termasuk sebuah pusat kitar semula musnah dalam kebakaran...

Lufya Bagi Anak Pakai Tudung Pendedahan Awal

HANYA kerana memakaikan tudung kepada bayinya yang baru berusia enam bulan, pelakon Lufya Omar telah dikecam oleh sesetengah pihak yang mempertikaikan perbuatannya itu.

Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, tujuannya sekadar untuk memberi pendedahan awal kepada bayinya serta tudung itu sekadar disarung selama beberapa minit sahaja.

“Saya tahu ramai yang mengambil berat apabila saya gemar memuat naik gambar anak di laman sosial. Saya cuma mahu berkongsi perkembangan tumbesarannya, tidak sangka pula ramai yang memberikan perhatian.

“Daripada memuat naik gambar sendiri, lebih baik saya berkongsi pertumbuhan anak. Dapat juga saya berkongsi ilmu dan belajar sesuatu yang baharu daripada pengikut. Saya hargai setiap pandangan dan tidak perlu melatah,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Bagaimanapun, Lufya tetap berterima kasih kepada semua pihak yang sering mendoakan kesejahteraan hidup puteri sulungnya itu.

Walaubagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun itu tetap berhati-hati dalam berkongsi gambar anak kesayangannya kerana bimbang jika disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama kini Lufya masih lagi sibuk menguruskan anaknya dan dia juga sedang dalam proses menurunkan berat badan sebelum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.


“Sudah lebih setahun saya berehat sejak hamil, seterusnya melahirkan anak. Melihat anak yang sudah semakin besar, tiba masa untuk saya kembali aktif.

“Ketika ini, saya berusaha menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapatkan berat badan ideal. Ia perlu untuk disesuaikan dengan penampilan di skrin televisyen,” ujarnya lagi.

Pada November 2016 yang lalu, Lufya telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya yang merupakan seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Mereka telah melahirkan cahaya mata perempuan bernama Laana Haura pada 11 November tahun lalu di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori