• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lompat Parti, Baru Tahu Siapa Setia UMNO

oleh
17/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASCA Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), senario politik tanah air heboh dengan memperlihatkan isu lompat parti oleh beberapa ahli parti siasah terutamanya daripada UMNO.

Berhubung hal tersebut, UMNO Bahagian Bagan Serai di Perak juga dikejutkan dengan timbalan ketuanya sendiri, Datuk Abd. Muhaimin Abd. Rahman Nazri yang menyertai Pakatan Harapan (PH), kelmarin.

Lapor akhbar tempatan, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, tindakan lompat parti ini jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang setia kepada UMNO.

Menurutnya lagi, mereka akur dengan keputusan yang dibuat oleh beberapa bekas ahli jawatankuasa bahagian dan ketua-ketua kampung di kawasan tersebut.

“Biarkan mereka bertukar parti, itu hak mereka kita tidak boleh menghalang. Lagipun kita tidak mahu mereka ini sebelah kaki berada dalam UMNO manakala se­belah kaki lagi pula ke arah lain.

“Sehingga kini Barisan Nasional (BN) Bagan Serai masih mendapat sokongan padu 80 peratus daripada rakyat di kawasan ini,” katanya.

Beliau memaklumkan hal tersebut berhubung kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu malah turut merampas DUN Selingsing daripada PAS.

SHAM MAT SAHAT dan Noor Azmi Ghazali bersama ahli UMNO Bahagian Bagan Serai dalam majlis Ulang Tahun UMNO Ke-72 di Bagan Serai, Perak, semalam.

Tambahnya, beliau mengakui pernah ditawarkan oleh PH untuk menyertai parti tersebut dan menolaknya atas taat setia terhadap UMNO.

Kepentingan BN dan UMNO serta rakyat paling diutamakan berbanding kepentingan peribadi lebih-lebih lagi pengundi telah memberi mandat dan kepercayaan kepadanya selama empat penggal.

Sham Mat Sahat berkata demikian ketika berucap dalam majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Ulang Tahun UMNO Ke-72 di Dewan Zainal Abidin Zin dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

Beliau turut menyatakan pegangan beliau kepada UMNO dan akan berusaha membawa masalah rakyat ke Parlimen untuk disuarakan.

“Saya tidak akan beralih angin sebaliknya akan terus bersama UMNO dan BN. Banyak lagi masalah rakyat di Parlimen Bagan Serai untuk dibawa ke Parlimen.

“Kalau dulu atas tiket wakil rakyat kerajaan kini berubah kepada wakil rakyat pembangkang,” ujarya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Lompat PartiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd