• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Putar Belit Isu Bailout

oleh Haris
29/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK menjadi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng cuba menjadikan media sebagai Mahkamah. Berbagai isu didedahkan di media dan objektifnya adalah untuk mencari kesalahan dan menjatuhkan hukuman.

Satu lagi objektifnya ialah untuk mengalih perhatian rakyat supaya tidak mempersoalkan perlantikan kontroversi belaiu sebagai Menteri Kewangan kerana terpalit dengan kes rasuah yang dalam proses perbicaraan di Mahkamah.

Bermula daripada isu hutang negara, Lim Guan Eng menuduh kononnya kerajaan BN telah membelanjankan hampir RM7 Bilion untuk “bailout” syarikat 1MDB. Soal dasar dan soal janji Kerajaan PH langsung tidak dihuraikan.

Lim Guan Eng tidak dapat membezakan lagak seorang street fighter dan seorang menteri. Apakah dia tidak sabar untuk membalas dendam? Atau dipengaruhi oleh Tony Pua pegawai khas beliau di MOF. Tony Pua adalah anggota PAC.

Dia banyak mengeksploitasi isu 1MDB. Sebab itu wujud percanggahan dari awal lagi antara beliau dengan seorang lagi bekas ahli PAC daripada DAP iaitu Dr. Tan Seng Giaw.

Besar kemungkinan Tony Pua yang menasihatkan dan memberi fakta mengelirukan kepada Lim Guan Eng untuk diguna pakai dalam setiap sidang akhbar beliau sebagai Menteri Kewangan.

Sedangkan, PAC yang mencadangkan supaya semua aset hartanah 1MDB yang bernilai tinggi dan strategik dipindahkan kepada syarikat syarikat milik MOF Incorporation.

Maka apakah salah MOF membayar hutang 1MDB sebagai balasan kerana mengambil alih aset-aset hartanah tersebut? Dan mengikut nilai qn semasa, harga tanah tersebut ialah RM30 Bilion.

Kalau PAC tidak mencadangkan aset itu diambil alih oleh Kementerian Kewangan, sebenarnya 1MDB masih mampu membangunkan sendiri hartanah tersebut dan membayar hutangnya.

Semua pihak tahu perkara itu dilakukan mengikut prosedur dan undang undang yang dibenarkan. Maka tidak timbul ia adalah bailout sebagai mana Tun Dr. Mahathir Mohamad bailout syarikat perkapalan anaknya melalui “Danaharta”. Semua orang termasuk Lim Guan Eng dan ayahnya tahu perkara tersebut.

Apa kerajaan dapat bila syarikat perkapalan milik Mirzan Mahathir dibailout? Tidak ada apa pun. Satu aset pun tidak dapat. Sedangkan dalam kes 1MDB, meskipun MOF Inc. mengambil alih semua aset, tetapi hutang dan liabiliti 1MDB tetap kekal dengan syarikat 1MDB.

Semuanya mengikut rule of law. Apakah perlantikan Lim Guan Eng mengikut rule of law?

Oleh: Mohd Puad Zarkashi

Tags: Lim Guan EngTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan PH Ambil Jalan Mudah Penuhi Janji Manifesto

Next Post

Sepasang Suami Isteri Antara 30 Penagih Ditahan

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Next Post

Sepasang Suami Isteri Antara 30 Penagih Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd