• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Ambil Jalan Mudah Penuhi Janji Manifesto

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO beranggapan, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai ahli yang dapat berfikir secara ‘outside the box’ atau di luar kotak bagi memenuhi janji manifestonya, kecuali mengambil jalan mudah.

Menurut UMNO, rakyat bimbang dengan hasrat Kerajaan PH yang semakin tidak menentu dalam membuat keputusan membabitkan ekonomi negara.

Ini termasuk, terperangkap dalam pelbagai cadangan pihak tertentu yang tiba-tiba timbul, termasuk menjual 25 peratus pegangan dalam PETRONAS bagi melunaskan hutang 1MDB dan hutang luar yang diwar-warkan bernilai RM 1 trilion.

“Berhentilah daripada mempolitikkan hutang negara. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sendiri mengesahkan bahawa hutang negara cuma RM686.8 bilion dan bukannya RM1.0 trilion,” menurut parti berkenaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Strategik, Ibu Pejabat UMNO, hari ini.

Kerajaan sepatutnya memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan prestasi PETRONAS di dalam dan luar negara, menambah pegangan asing dan menaikkan pendapatan, daripada mengambil jalan mudah mencari wang untuk mengotakan janji-janji di dalam manifestonya, kata UMNO.

Menurut parti berkenaan, pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini sudah menguruskan hutang kerajaan dengan baik serta belum pernah gagal melunaskan pembayaran hutang dan pada masa sama, mampu memacu perkembangan ekonomi negara dengan pesat.

Kata UMNO lagi, Kerajaan PH juga enggan mengiktiraf sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9 peratus yang dibuat oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, serta hakikat bahawa aset 1MDB mampu membiayai hutangnya sendiri. – BERNAMA

Tags: Manifesto PH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiktirafan UEC Dalam Buku Jingga, Manifesto PH – ADUN DAP

Pengiktirafan UEC Dalam Buku Jingga, Manifesto PH – ADUN DAP

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Kabinet mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah wajar kerana ia adalah komitmen Pakatan Harapan (PH) sejak...

Mahathir Tolak Penuhi Janji Manifesto PH – Guan Eng

27/02/2020
0

TUN Dr. Mahathir Mohamad menolak untuk terus memenuhi Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjadi panduan kepada empat parti dalam pakatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd